Mahathir, anda adalah salah. Rakyat Sabah dan Sarawak pandai berikhtiar. Kami bekerja keras sepertimana orang lain dan menjadi budaya kami untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
Berikut adalah kenyataan Pemangku Presiden, United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), Madius Tangau.
Rakyat Sabah dan Sarawak turut kurang bekerja keras dari anak-anak Tun Mahathir.
1. Kami berasa meluat dengan penghinan terbaharu Tun Mahathir terhadap rakyat Sabah dan Sarawak apabila beliau cuba memberi alasan mengapa pembangunan Sabah dan Sarawak ketinggalan berbanding negeri di Semenanjung, ketika beliau adalah Perdana Menteri.
2. Mahathir berkata salah satu puncanya adalah kerana rakyat Sabah dan Sarawak pemalas dan mempunyai mentaliti rendah dengan memilih jalan mudah untuk berjaya.
3. Mahathir, anda adalah salah. Rakyat Sabah dan Sarawak pandai berikhtiar. Kami bekerja keras sepertimana orang lain dan menjadi budaya kami untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
4. Etologi, mentaliti dan intergriti kami tidak boleh dipersoalkan, terutama dari Dr Mahathir yang merampas sumber kami untuk membina projek di Semenanjung seperti KLCC, Putrajaya dan litar lumba F1 di Sepang sambil menafikan dana pembangunan untuk kami ketika beliau adalah Perdana Menteri.
5. Disebalik sikap Mahathir itu, Sabah dan Sarawak berterusan berikhtiar untuk pembangunan bagi membuktikan rakyat Sabah dan Sarawak bukan sahaja bekerja keras malah tidak mempunyai mentaliti rendah seperti anak-anak Mahathir.
6. Tindakan Mahathir mengabaikan Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh 22 tahun beliau berkuasa tidak boleh dinafikan sesiapa, terutama ketika Tun Mahathir menggunakan alasan menghina dalam usahanya melampiaskan dendam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
7. Bertambah parah, Tun Mahathir turut memberi justifikasi untuk meneruskan projek IC dan tidak pernah atau tidak akan meminta maaf terhadap episod itu yang menyebabkan banyak masalah sosio ekonomi kepada Sabah.
8. Tiada sesiapa pun di Sabah atau Sarawak perlu meletakkan kepercayaan mereka terhadap Tun Mahathir dan mereka yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri ini. Berbuat demikian hanya menunjukkan anda bersetuju dengan pendirian Mahathir yang memanggil kami sebagai pemalas dan bermentaliti rendah berbanding penduduk di Semenanjung.
Wilfred Madius Tangau,
Presiden,
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO),.

Sumber asal: Kami Sabah Sarawak Meluat Penghinaan Mahathir- Tangau
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment