SYARIKAT TEROWONG BAYAR RM19 JUTA TUTUP KES SKANDAL BUKTIKAN DAKWAAN DATUK HUAN BERASAS !!

Posted by Kerah Lekung on Thursday 1 March 2018

SYARIKAT TEROWONG BAYAR RM19 JUTA TUTUP KES SKANDAL BUKTIKAN DAKWAAN DATUK HUAN BERASAS !!.


Kes skandal rasuah terowong dasar laut kerajaan DAP semakin panas dan bikin KETUA MENTERI sudah tak senang duduk .

Bagi kes terowong dasar laut, pihak SPRM telah membuat sitaan berjumlah hampir RM7.5 Juta, ini mengambarkan hakikat sebenar kepada ketidak telusan mereka yang terlampau sebaliknya mereka cuba mengambarkan ini politik.

Hakikatnya ini adalah pekara yang mempunyai asas yang kukuh dan terbukti kesahihanya...

Apa kata Ketua Menteri ??   Tak Tahu' 'Terkejut'  &  'Mintak Penjelasan ....

Ini company Zenith yang terpalit korup   sepatutnya   kerajaan DAP batalkan saja  perlantikan mereka sebagai kontraktor SPV  .  Memalukan rakyat P.Pinang bahawa syarikat dilantik kerajaan DAP sanggup bayar wang rasuah untuk tutup kes salahlaku mereka .



Parti Cinta Malaysia (PCM) lega dengan penahanan seorang ahli perniagaan yang dipercayai menerima wang RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di negeri ini.
Timbalan Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan, berkata penahanan lelaki yang dipercayai menerima habuan daripada syarikat pembinaan utama projek itu, membuktikan projek berkenaan mempunyai unsur salah laku.
Katanya, sejak membangkitkan isu terowong dasar laut tiga tahun lalu, beliau menerima banyak kritikan daripada penyokong politik pakatan pembangkang, selain dituduh sengaja mempolitikkan isu berkenaan.
"Saya juga didakwa di mahkamah kerana dikatakan memfitnah, selain menerima ancaman bunuh. Mereka tidak berpuas hati kerana saya membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai projek mega itu.
"Hari ini saya mampu mengatakan bahawa dakwaan saya terhadap projek terowong dasar laut itu benar dan berasas. Ini bukan penganiayaan politik seperti yang didakwa pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Isu projek terowong dasar laut oleh kerajaan DAP Pulau Pinang timbul selepas Cheng Guan membuat aduan kepada SPRM supaya menyiasat sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam pembidaan projek itu.
Beliau membuat laporan pertama di SPRM Pulau Pinang pada 21 Julai tahun lalu dan mengemukakan laporan kedua bersama bukti baharu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Januari lalu.
Semalam, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan kerana dipercayai menerima wang RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut.
Lelaki itu direman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Sumber asal: SYARIKAT TEROWONG BAYAR RM19 JUTA TUTUP KES SKANDAL BUKTIKAN DAKWAAN DATUK HUAN BERASAS !!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment