PENDUDUK APARTMENT MUTIARA IDAMAN GESAK GUAN ENG MINTA MAAF VIDEO ABCGST

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 27 March 2018

PENDUDUK APARTMENT MUTIARA IDAMAN GESAK GUAN ENG MINTA MAAF VIDEO ABCGST .



Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak agar memohon maaf kepada penduduk di Apartment Mutiara Idaman 2, Jelutong, berkaitan video kontroversi yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyanyikan lagi anti kerajaan bersama sekumpulan kanak-kanak.
Wakil penduduk pangsapuri tersebut, Arshad Kassim berkata, beliau kecewa apabila dianggap sanggup membiarkan anak-anak mereka dipergunakan demi kepentingan politik.
Beliau juga menjelaskan bahawa majoriti penduduk di pangsapuri berkenaan tidak tahu tentang majlis pelancaran kelas tuisyen percuma yang diadakan di pangsapuri berkenaan.
Kata Arshad, kebanyakan kanak-kanak tersebut bukan tinggal di kawasan perumahan berkenaan, sebaliknya kebanyakan mereka dibawa menaiki bas hadir dalam program tersebut.
“Penduduk di sini berasa kecewa kerana kami langsung tidak dimaklumkan mengenai program itu meskipun diadakan di pangsapuri kami dan dengan penglibatan pihak pengurusan di sini.
“Tetapi apabila tercetusnya kontroversi seperti hari ini, kami penduduk di sini yang mendapat nama buruk dan menanggung malu kerana ditohmah masyarakat,” katanya.


Manakala, seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Mohd. Ibrahim A. Siahoo berkata, beliau kecewa dengan pihak pengurusan pangsapuri tersebut yang tidak memberitahu kepada penduduk berkaitan program berkenaan.
Beliau juga berkata, penduduk turut kecewa apabila usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada badan pengurusan pangsapuri tersebut gagal selepas mereka tidak mahu memberi maklum balas.
“Sehubungan itu, kita mendesak badan pengurusan serta Kerajaan DAP Pulau Pinang memohon maaf dengan penduduk di sini kerana isu ini telah dipolitikkan sehingga memburuk-burukkan kami,” tegasnya.
Minggu lalu, lalu, penduduk di pangsapuri Mutiara Idaman 2 itu terpalit dengan kontroversi ekoran tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyanyikan lagu memperlekehkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama sekumpulan kanak-kanak.
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendapat kecaman pelbagai pihak selepas video berkenaan tersebar dan menjadi tular di media sosial.
Dalam video berdurasi 32 saat itu, Guan Eng yang juga ADUN Air Putih dilihat cuba menyemai kebencian politik dalam kalangan kanak-kanak dengan menari dan memperlekehkan sistem percukaian tersebut dalam lagu A, B, C.
Susulan itu juga, beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana mendakwa Ahli Parlimen Bagan itu mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan kepentingan politiknya.
Pihak polis juga telah membuka kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan akan memanggil Guan Eng untuk merekod keterangan berkaitan video tersebut. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. –Utaranews.com

Sumber asal: PENDUDUK APARTMENT MUTIARA IDAMAN GESAK GUAN ENG MINTA MAAF VIDEO ABCGST

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment