PEMUDA BN ANJUR EXPO , SEDIAKAN 20 RIBU PELUANG PEKERJAAN KEPADA ANAK MUDA

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 27 March 2018

PEMUDA BN ANJUR EXPO , SEDIAKAN 20 RIBU PELUANG PEKERJAAN KEPADA ANAK MUDA .




KUALA LUMPUR, 27 Mac – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan Ekspo Pemuda BN 2018 bermula 14 dan 15 April ini di Dewan Tun Razak 1 dan 2 PWTC, bagi membantu para pengunjung mendapatkan maklumat tentang pelbagai peluang, skim program dan insentif terkini yang terdapat dalam pasaran.
Pengerusi program yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairul Azwan Harun berkata, program ini adalah yang terbesar anjuran Pemuda BN dan ia menyediakan lebih 20,000 peluang pekerjaan kepada orang ramai.
Secara keseluruhan, lebih 300 agensi serta syarikat korporat akan terlibat dalam ekspo ini yang pastinya akan memberi manfaat kepada jangkaan 50,000 pengunjung. Selain peluang pekerjaan, kita juga menyediakan klinik resume, latihan temuduga, seminar dan ceramah kerjaya malah pameran hartanah juga turut terlibat bagi memfokuskan peluang pemilikan rumah mampu milik.
“Kira-kira 15 agensi daripada pelbagai kementerian dan syarikat akan menyertai segmen pembiayaan di ekspo ini bagi menawarkan bantuan serta khidmat nasihat kepada usahawan dan bakal usahawan tentang pelbagai skim, insentif dan proses mengembangkan perniagaan,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Tambah Azwan, program yang diadakan secara berkala oleh Pemuda BN ini adalah selari dengan hasrat kerajaan serta program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi membolehkan orang muda merencanakan masa depan mereka dengan lebih baik berdasarkan maklumat serta pengetahuan yang mencukupi.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, bolehlah melayari laman web www.pemudaexpo.com. – MediaUMNO

Sumber asal: PEMUDA BN ANJUR EXPO , SEDIAKAN 20 RIBU PELUANG PEKERJAAN KEPADA ANAK MUDA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment