BEKAS PENGARANG AKHBAR PKR DEDAH DASAR PARTI AMAL KONSEP PENIPUAN UNTUK PERSEPSI NEGATIF RAKYAT

Posted by Kerah Lekung on Saturday 3 March 2018

BEKAS PENGARANG AKHBAR PKR DEDAH DASAR PARTI AMAL KONSEP PENIPUAN UNTUK PERSEPSI NEGATIF RAKYAT .



Bekas Pengarang akhbar Suara Keadilan, Dato Seri Dzulkarnain Taib menegaskan bahawa propaganda yang dilakukan oleh pembangkang adalah berinspirasikan kata-kata Ketua Propaganda Nazi, Joseph Goebbels, iaitu penipuan yang dilakukan secara berterusan akhirnya akan dianggap sebagai satu kebenaran.
Menurut Dzulkarnain, parti pembangkang tidak pernah mempedulikan tentang fakta atau soal-soal kebenaran sesuatu maklumat itu ketika melontarkan sesuatu isu, asalkan isu tersebut dapat memberikan keuntungan politik kepada mereka.
Sebagai contoh, ketika saya menjadi Ketua Pengarang Suara Keadilan, parti PKR mahu akhbar Suara Keadilan untuk menyiarkan tajuk utama ‘Felda Bankrap’. Tapi ketika itu saya tidak bersetuju dengan arahan parti kerana artikel tersebut tidak ada bukti dan fakta yang kukuh untuk membenarkan perkara tersebut.
“Tapi parti berkeras mahu artikel tersebut disiarkan sebagai tajuk muka depan dan sebaik sahaja keluar berita tersebut, saya serta merta dihubungi oleh KDN untuk hadir memberikan penjelasan berhubung isu tersebut. Dalam sehari dua, kami menerima pula surat saman fitnah daripada Felda berhubung artikel itu.
“Ini merupakan salah satu contoh bagaimana dasar parti yang mengamalkan konsep penipuan yang diulang-ulang itu bagi mewujudkan persepsi negatif rakyat, mengelirukan rakyat sehinggakan penipuan itu terlihat sebagai satu kebenaran.
“Dan perkara inilah yang berterusan dilakukan oleh pembangkang hari ini dengan menipu dan memanipulasikan cerita dan berita untuk mengelirukan rakyat. Dan saya jangka ianya akan menjadi lebih hebat menjelang PRU 14 tidak lama lagi,” ujarnya kepada UMNO Online selepas selesai menjadi ahli panel diskusi mingguan, “Anda Tanya Kami Jawab” anjuran Media UMNO dan Penerangan UMNO Malaysia.
Katanya lagi, pembangkang begitu berani membuat propaganda penipuan secara berterusan sebegitu memandangkan apa saja isu yang mereka lontarkan akan ditelan dan disokong bulat-bulat oleh penyokong mereka tanpa berfikir panjang.
“Kebanyakkan penyokong pembangkang memiliki sikap taksub kepada pembangkang kerana pemikiran mereka telah didoktrin sekian lama untuk menerima dan membenarkan apa saja makkumat yang datangnya dari pihak pembangkang.
“Sebab itu pembangkang tidak takut dan tidak teragak-agak untuk melontarkan cerita-cerita bohong tentang kerajaan kepada rakyat, kerana mereka yakin penyokong mereka akan membela dan membenarkan cerita bohong itu sehingga tampak ia seolah-olah satu kebenaran,” jelasnya.-MediaUMNO

Sumber asal: BEKAS PENGARANG AKHBAR PKR DEDAH DASAR PARTI AMAL KONSEP PENIPUAN UNTUK PERSEPSI NEGATIF RAKYAT

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment