AZMIN CUAK JAWAB SOALAN MEDIA!!!

Posted by Kerah Lekung on Friday 2 March 2018

AZMIN CUAK JAWAB SOALAN MEDIA!!!.
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tidak mahu melayan soalan wartawan berkaitan dengan sekatan peruntukan kepada semua wakil rakyat PAS di negeri itu.

Soalan wartawan : Berkenaan sidang media PAS (Selangor) yang membuat sidang media semalam kata tidak terima peruntukan

Sambil berdiri, Azmin dilihat tidak mahu menjawab soalan tersebut secara spesifik.
“Semua pihak boleh buat sidang media..kalau tidak awak (wartawan) tidak ada berita,”kata Azmin.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Ustaz Sallehin Mukhyi mendesak Azmin memberi jawapan secara terbuka berkenaan dakwaan beliau telah memberi arahan secara lisan kepada pejabat kewangan negeri supaya peruntukan kepada wakil rakyat PAS dibekukan.

“Kita akan minta penjelasan secara terbuka disebabkan arahan Menteri Besar secara lisan…kerana arahan dia (Azmin untuk sekat peruntukan) kepada kewangan negeri secara lisan..maka kita minta dia (Azmin) memberi penjelasan secara lisan juga,”kata Sallehin.

Sumber asal: AZMIN CUAK JAWAB SOALAN MEDIA!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment