10 TAHUN KERAJAAN DAP TABUR JANJI KOSONG ATASI KESESAKAN #harapanpalsu

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 27 March 2018

10 TAHUN KERAJAAN DAP TABUR JANJI KOSONG ATASI KESESAKAN #harapanpalsu .


PADA 2008, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan akan membina monorel bagi mengatasi kesesakan lalulintas di Bandaraya George Town. Tidak lama selepas itu, cadangan monorel dibatalkan kerana Kerajaan Negeri khuatir pembinaan monorel akan menjejaskan bangunan warisan yang banyak terdapat dalam Zon Tapak Warisan Dunia George Town.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencadangkan pembinaan jaringan keretapi bawah tanah atau subway trains pula bagi menggantikan monorel. Cadangan subway trains itu pun dibatalkan.

Kemudian timbul pula cadangan mengembalikan ‘trams’ ke George Town. Trams pernah digunakan sebagai satu mod pengangkutan awam di Pulau Pinang semasa zaman Negeri Selat. B

Bagaimanapun cadangan trams juga digugurkan kerana mengikut Kerajaan Negeri jalan-jalan sedia ada tidak cukup luas untuk membina landasan-landasan trams. Lagi pula kawasan Bandaraya George Town adalah mudah dinaiki air atau mengalami banjir kilat.

Oleh itu pembinaan trams tidak sesuai. Pada 2013, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang mengumumkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang atau PTMP. Dalam cadangan ini, Kerajaan Negeri atas nasihat perunding mencadangkan pembinaan jaringan LRT untuk mengatasi masalah kesesakan trafik di pusat bandar George Town dan kawasan lain sekitar pulau.

Pembinaann LRT tidak banyak bezanya dengan pembinaan struktur untuk laluan Monorel yang dikatakan akan menjadi ancaman kepada bangunan-bangunan warisan di Zon Tapak Warisan Dunia dan Zon Penampan.


Kenapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kembali kepada cadangan awal (monorel) yang serupa? Kenapa tidak diteruskan dengan cadangan pembinaan “sub-ways” seperti di banyak kota besar negara-negara maju?


Setelah 10 tahun berlalu, tiang LRT sebatang pun belum nampak lagi? Cadangan “aerobus” dan LRT rentas Selat Utara dari Butterworth ke George Town pun tidak ada juga.

 Jika difikirkan, lebih baik majukan atau bina LRT dari Seberang Jaya ke Komtar dari korek terowong bawah dasar laut dari Bagan Ajam ke City of Dreams.

Bagi mengatasi kesesakan lalulintas, remedi terbaik adalah majukan satu sistem pengangkutan awam yang “mengangkut orang”, bukannya kenderaan. Move people, not vehicle! #SavePenang.

The Rakyat.com
Sumber asal: 10 TAHUN KERAJAAN DAP TABUR JANJI KOSONG ATASI KESESAKAN #harapanpalsu

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment