SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin bahawa calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan itu kepada pilihan asal parti pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujarnya, ini kerana Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata beliau tidak akan membenarkan seseorang yang “bermasalah moral” menjadi perdana menteri.
Beliau turut meramalkan dua senario yang boleh berlaku sekiranya pembangkang dibiarkan memerintah kerajaan kelak.
"Pertama, Tun Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar kerana umum mengerti Tun menganggap semua pemimpin lain tak betul.
"Memetik kata-kata Tun pada tahun 2016, tidak mungkin beliau akan membenarkan seorang yang bermasalah moral menjadi Perdana Menteri.
"Malah Tun juga pernah mengatakan yang Datuk Seri Anwar sudah terlalu tua untuk memimpin negara dan pastinya PKR akan memberontak sekiranya Tun memilih untuk membolot kuasa," katanya dipetik menerusi laman blognya hari ini.
Anwar dijangka dibebaskan 8 Jun ini, dan perlu menunggu sehingga selesai tempoh 5 tahun hilang kelayakan bertanding atau sehingga peruntukan berkaitan dimansuhkan untuk melayakkan beliau.
Selain itu beliau turut melahirkan rasa bimbang terhadap rakyat yang akan memberontak dengan struktur kepimpinan Pakatan Harapan (PH) sekiranya mereka menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kalaulah Tun Mahathir memilih untuk u-turn dan melepaskan jawatan beliau kepada Anwar sekalipun, akibatnya jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya, akan disandang oleh sepasang suami isteri. Inilah nepotisme tahap paling kritikal yang diamalkan mereka," ujar beliau.
Sehubungan itu, beliau memberi jaminan jika rakyat memilih Barisan Nasional (BN), parti akan memulakan khidmat bakti untuk rakyat serta-merta selepas pilihan raya kerana mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh lagi mampan.
"Di sini kita dapat ramalkan bahawa jika pembangkang menang pilihan raya kelak, mereka akan kekal sibuk merebut jawatan Perdana Menteri selama 2 ke 3 tahun sebelum mereka dapat memulakan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Dr Mahathir, 93, sebelum ini dilaporkan berkata beliau hanya mampu bertahan untuk 2 tahun sahaja lagi memandangkan usianya yang lanjut.

Sumber asal: Tun M takkan serah jawatan PM kepada Anwar - Najib...Puak Puak PKR saja Yang Bangang
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment