Parti Amanah Negara (PAN) yang hanya mempunyai 450 ahli di seluruh Negeri Sembilan diberikan tujuh kerusi manakala PPBM hanya diberikan enam kerusi menimbulkan rasa tidak puas hati ahli parti tersebut.
Berikutan itu, pimpinan PPBM Negeri Sembilan tidak berganjak dengan tuntutan supaya rundingan semula diadakan berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang di negeri ini.
Ketua Pemuda PPBM Negeri Sembilan Mohd Shahrul Anuar Abu Samah berkata mereka bukan mahu mengingkari keputusan pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya mendesak pengagihan dibuat lebih adil supaya dapat diterima kepemimpinan negeri.
Beliau berkata, pengumuman dibuat ketika Konvensyen PH baru-baru ini disifatkan tidak adil kerana tidak mengambil kira pendapat pemimpin PPBM Negeri Sembilan, sehingga menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati.
"PH Negeri Sembilan dalam proses perbincangan untuk pembahagian kerusi dan kita dimaklumkan rundingan akan diteruskan selepas Konvensyen PH kelmarin. Jadi, kami semua terkejut apabila mereka mengumumkan pengagihan kerusi.
"Keputusan itu dibuat tanpa pengetahuan pemimpin negeri. Justeru, kita akan tetap mempertahankan pendirian supaya rundingan semula dibuat bagi menentukan pembahagian kerusi DUN pembangkang di negeri ini supaya lebih adil.
"Sebagai contoh, PKR sudah kalah di Ampangan sebelum ini, mengapa diberikan kerusi sama. Parti Amanah Negara (PAN) yang hanya mempunyai 450 ahli di seluruh negeri pula diberi tujuh kerusi sedangkan PPBM hanya enam," dakwanya.
Konvensyen PH baru-baru ini kecoh apabila ramai ahli dan pemimpin PPBM, melakukan protes kerana tidak berpuas hati dengan pengagihan 36 kerusi DUN iaitu 12 milik PKR, DAP (11), PAN (tujuh) dan PPBM (enam), manakala bagi Parlimen, setiap parti mendapat dua kerusi.
Mohd Shahrul Anuar mendakwa, semua ketua bahagian dan ketua pemuda bahagian PPBM di negeri ini menyokong tindakannya yang lantang menyuarakan bantahan dan mereka akan berkumpul menyatakan pendirian dalam sidang media tidak lama lagi.
Sementara itu, Pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun, dilaporkan berkata, semua pihak perlu menerima dengan hati terbuka dan menghormati keputusan sudah dibuat pucuk pimpinan pakatan pembangkang.
Katanya, perbincangan lanjut sudah dibuat dengan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Muhkriz Mahathir, mengenai masalah berbangkit itu dan pihaknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya yakin semua akan dapat diatasi dalam masa terdekat.

Sumber asal: PAN ada 450 ahli pun dapat tujuh kerusi... dakwa PPBM...Berbalah Lah Mu Puak PH
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment