MAHATHIR MULA RUNSING, ‘MOOD’ PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA NAJIB

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 24 February 2018

MAHATHIR MULA RUNSING, ‘MOOD’ PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA NAJIB.
SEMUANYA kerana pertumbuhan ekonomi yang baik. Tahap perkembangan ekonomi Malaysia yang semakin baik dengan pengukuhan nilai ringgit berbanding US Dolar menyebabkan masyarakat Tiong Hwa di negara ini semakin ceria.

Mereka telah selesai menyambut Tahun Baru Cina pada Jumaat dan Sabtu lalu dengan penuh gilang gemilang dan memperoleh ‘ong’ besar.

Rata-rata masyarakat cina yang ditemui sekitar Lembah Klang berasa lega dan seronok dengan kenikmatan ekonomi negara pada hari ini.

Kepulangan mereka ke ibu kota bermula Ahad dan Isnin ini disusuli dengan tawa riang dan gelak sorai yang membayangkan betapa gembiranya mereka.

Suasana ini membuatkan mereka terus mempercayai janji-janji dan usaha-usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak kepada negara kita, khususnya dalam bidang ekonomi.

Jika pada tahun 2013 lalu, masyarakat cina dilihat ‘anti’ kepada Ah Jib Gor, namun ‘mood’ tersebut mula berubah pada tahun 2018 ini.

Apa yang berlaku ini dapat kita lihat sendiri khususnya di beberapa bandar dan pekan dalam kawasan Lembah Klang dan sekitar.

Ini suatu petanda besar pada PRU14, masyarakat cina yang sebelum ini menolak Barisan Nasional akan kembali turun ke peti undi untuk mengundi parti yang mampu membawa mereka kepada kekayaan, kesenangan dan ketenangan jiwa.

Mereka telah menguji sejauhmana keikhlasan Perdana Menteri dalam mentadbir negara dan melayan masyarakat cina di Malaysia. Walaupun pada PRU13 lalu, Najib dilihat amat marah dengan golongan Tiong Hwa ini yang tidak memberi undi kepada BN, sedangkan parti kerajaan itu telah banyak memberi bantuan kepada kaum berkenaan.

Namun kemarahan Perdana Menteri tidak begitu lama. Najib bergerak lebih agresif beberapa tahun selepas PRU13 selesai. Menariknya, beliau tidak langsung ‘menganaktirikan’ masyarakat cina di Malaysia.

Pelbagai insentif disalurkan kepada masyarakat tersebut. Sehinggakan, beberapa jawatan tertinggi kerajaan juga diberikan kepada keturunan berkenaan selepas Najib memegang kuasa di Putrajaya.

Apatah lagi buat pertama kalinya, Najib selaku Pengerusi BN mampu menyatukan MCA dan Parti Gerakan dalam satu pentas yang sama atas nama masyarakat cina di Malaysia. Momen ini tidak pernah sesekali berlaku walaupun ketika zaman Mahathir bergelar Pengerusi BN selama 22 tahun dahulu.

Pengundi dari bangsa itu walaupun mereka yang tidak minat politik telah menyaksikan berita berkenaan. Timbul di benak hati mereka betapa hebatnya Najib ini sehingga mampu membuatkan dua ‘singa besar’ dalam arena politik bangsa cina itu mampu bersalaman dan berkongsi pentas yang sama semata-mata pembelaan kepada kaum sendiri.

Situasi ini pastinya akan membuatkan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mula risau. Dia yang mengharapkan undi masyarakat cina untuk menawan Putrajaya mungkin sudah tidak keruan apabila ‘mood’ masyarakat itu sudah kembali ‘okey’ terhadap BN sejak sebelum Tahun Baru Cina lagi.

Oleh sebab itu, Mahathir dan proksinya iaitu DAP sedang giat untuk menghasut rakyat mengikut jalan mudah iaitu fitnah dan menyebarkan berita palsu. 

Sumber asal: MAHATHIR MULA RUNSING, ‘MOOD’ PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA NAJIB

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment