Bekas Perdana Menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad hanya dipergunakan pembangkang khususnya DAP untuk melakukan serangan terhadap Barisan Nasional (BN) dan UMNO serta dipergunakan untuk mencuri undi di kawasan luar bandar.
Ini dapat dilihat apabila Ahli Parlimen Gelang Patah dari DAP, Lim Kit Siang berkata beliau yakin hanya Mahathir mampu mencetuskan gelombang ‘tsunami’ luar bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Pemimpin veteran DAP itu juga berkata jika Pengerusi Pakatan Harapan itu juga gagal mendapatkan undi di kawasan luar bandar, maka hasrat pembangkang untuk merampas Putrajaya tidak akan berjaya sampai bila-bila.
“Jika Dr Mahathir tidak dapat mencetuskan gelombang di kalangan pengundi luar bandar dalam tempoh 100 hari sebelum PRU14 ini, nampaknya tiada pemimpin lain mampu menyelesaikan ‘Mission Impossible’ ini,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Beliau berkata jika hanya pengundi bandar menyokong gabungan pembangkang sedangkan pengundi di luar bandar masih belum menerima arus “tsunami politik”, ia akan berakhir seperti pilihan raya umum yang lalu.
“Tsunami politik kawasan luar bandar tanpa tsunami bandar akibat kekecewaan pengundi kawasan bandar untuk melakar perubahan secara demokratik, menyerahkan masa depan juga hanya akan berakhir dengan memberi keuntungan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO dan Barisan Nasional,” katanya.
Beliau juga berkata hanya tsunami politik yang serentak di bandar dan luar bandar boleh membawa perubahan namun ia tetap bergantung kepada “mobilisasi sosial”.
“Perubahan politik tidak hanya bergantung kepada Dr Mahathir, Datin Seri Dr Wan Azizah, Tan Sri Muhyiddin dan Mohamad Sabu tetapi juga gembelingan keempat-empat parti Pakatan Harapan serta ‘mobilisasi sosial’ seluruh rakyat Malaysia di semua peringkat,” katanya. –Utaranews

Sumber asal: MAHATHIR JADI ‘EJEN’ KIT SIANG UNTUK RAIH UNDI DI LUAR BANDAR?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment