BN Sabah melahirkan keyakinan untuk merampas kembali kerusi parlimen Semporna dan DUN Sulabayan daripada tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Ramlee Marahaban (foto) berkata berdasarkan senario semasa, kerajaan mampu memenanginya walaupun kawasan itu adalah kubu kuat Parti Warisan Sabah
“Pemimpin WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal adalah Ahli Parlimen Semporna selama lima penggal dan juga bekas pemimpin UMNO.
“Beliau memang terkenal. Bagaimanapun, politik di Semporna bukanlah semua tentangnya Shafie.
“Kami tidak takut dengan Shafie kerana kami bersedia menghadapinya dan bersaing secara sengit. Kami tahu kami akan berjaya mempertahankan kesemua empat kerusi di Semporna,” lapor FMT.
Pada PRU13, BN memenangi kerusi parlimen Semporna dan kerusi DUN Sulabayan, Senallang dan Bugaya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Semporna itu meninggalkan BN dan membentuk WARISAN bersama ADUN Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong.
Hanya Senallang dan Bugaya kekal dalam pegangan BN yang disandang oleh Datuk Nasir Sakaran dan Ramlee sendiri.
Sementara itu, Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada beliau yang akan bertanding sebagai calon UMNO parlimen Semporna.
“Ia bergantng kepada pimpinan BN untuk menentukannya.
“Sesiapa sahaja calon yang sesuai itu, kita akan terima mereka,” katanya.

Sumber asal: BN Sabah: Kami tidak takut dengan Shafie Apdal
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment