Azmin Tidak Boleh Diam Lagi - Perlu Jawab Dalam #DialogRakyat

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 22 February 2018

Azmin Tidak Boleh Diam Lagi - Perlu Jawab Dalam #DialogRakyat.


Sikap Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang masih membisu berhubung pelbagai dakwaan dilihat mencetuskan pelbagai keraguan dalam kalangan rakyat terhadap ketelusan dan integrit­i sebenar pentadbiran kerajaan PKR Selangor.

Azmin tidak sepatutnya mengambil sikap sedemikian di sebalik isu-isu yang jelas terletak di bawah bidang kuasanya sebagai Menteri Besar. Sampai bila Azmin mesti membisu dan tidak bersuara?

Adalah satu keperluan bagi Menteri Besar memberikan penjelasan terhadap semua dakwaan yang mana setiap satunya adalah kepentingan rakyat. 


Apakah Selangor yang dipimpin Azmin hari ini sudah ketandusan idea dan sumber untuk membangunkan negeri hinggakan kepentingan rakyat digunakan sebagai ‘modal’ memperoleh keuntungan semata-mata?
K7L : Jawab dalam dialog rakyat.. ada berani?..

Sumber asal: Azmin Tidak Boleh Diam Lagi - Perlu Jawab Dalam #DialogRakyat

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment