Argentina Beku Kenaikan Gaji, Kurang Perbelanjaan

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 1 February 2018

Argentina Beku Kenaikan Gaji, Kurang Perbelanjaan.
BUENOS AIRES – Presiden Argentina, Mauricio Macri mengumumkan pengurangan sebanyak 25 peratus untuk jawatan lantikan politik di cawangan eksekutif kerajaan serta membekukan kenaikan gaji kakitangan awam selain melarang anggota keluarga menteri memegang jawatan dalam kerajaan.
Dalam satu majlis di Casa Rosada semalam, beliau berkata, pemberhentian kira-kira 1,000 kakitangan itu, iaitu “satu daripada setiap empat”, kerajaan dapat menjimatkan 1.5 bilion peso (sekitar AS$75 juta) setahun.

Katanya, tahun ini juga tiada sebarang rundingan berkaitan gaji bagi kakitangan kerajaan “untuk jawatan lantikan politik” bermakna tiada kenaikan gaji.

Macri berkata, dalam waktu terdekat beliau akan menandatangani dekri bahawa tiada menteri Argentina yang boleh melantik anggota keluarga dalam kerajaan.

“Saya tahu dengan memperkenalkan langkah itu kita akan kehilangan beberapa rakan usaha sama yang sangat berharga, saya pun rasa bersalah tentang hal tersebut. Tetapi kita mahu menjadikan negara yang lebih telus,” katanya.

Presiden berkata ketika mula menerajui pentadbiran pada Disember 2015, kerajaan penuh dengan masalah birokrasi dengan struktur yang “terlalu menegak”, sukar untuk membuat keputusan serta “mengambil masa terlalu lama” untuk melaksanakannya.

“Kita melakukan perubahan untuk berkembang dan menjadi generasi yang mengubah Argentina untuk selama-lamanya,” kata Macri. – BERNAMA

Sumber asal: Argentina Beku Kenaikan Gaji, Kurang Perbelanjaan

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment