AMALAN NEPOTISME DALAM PKR BERTAMBAH PARAH BILA JEMPUT NURUL NUHA BERTANDING

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 1 February 2018

AMALAN NEPOTISME DALAM PKR BERTAMBAH PARAH BILA JEMPUT NURUL NUHA BERTANDING.
Pakatan Harapan (PH) memang satu pakatan yang menghimpunkan semua politik saudara mara dan hubungan keluarga sahaja tanpa memberi peluang kepada orang lain.

PKR paling mendominasi nepotisme dalam PH apabila daripada ayah sehingga ke anak berkecimpung dalam politik dan menjadi wakil rakyat. Terbaru, ada desas desus, ada seorang ahli keluarga mereka bakal bertanding dalam PRU14 nanti.

Bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR, isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR dan sekarang ini menyandang kerusi Parlimen itu kerana Anwar di dalam Penjara Sungai Buloh kerana dihukum akibat jenayah meliwat.

Anak mereka, Nurul Izzah, adalah wakil rakyat di Lembah Pantai. Cerita terbaru yang didengari ialah, seorang lagi anak mereka Nurul Nuha akan bertanding pada PRU14 di kerusi Permatang Pauh menggantikan Dr Wan Azizah yang akan bertanding pula di Bandar Tun Razak.

Dalam DAP, bapa Lim Kit Siang sudah terlalu tua tapi masih belum bosan bertanding dalam PRU dan masih mahu bertanding lagi pada PRU14 nanti. Anaknya, Lim Guan Eng berkedudukan Setiausaha Agung dalam DAP dan kini jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

PPBM pun adalah satu lagi parti yang amalkan nepotisme tahap gaban. Pengerusinya Mahathir Mohamad, juga Pengerusi PH dan kemudian anaknya, Mukhriz Mahathir yang pernah jadi Menteri Besar Kedah adalah Timbalan Presiden PPBM.

Pengundi perlu sedar perkara ini kerana mereka buat parti politik seperti barangan peribadi mereka dan bukannya kepentingan rakyat.

Dalam hal ini, Anwar sudah buat kerusi Parlimen Permatang Pauh seperti kepunyaan peribadinya kerana ia akan diwariskan kepada semua ahli keluarganya tanpa ada pemimpin pelapis yang boleh jadi wakil rakyat selain daripada isteri dan anak Anwar.

Apa pengalaman politik yang dimiliki oleh Nurul Nuha melainkan sesekali mengikut ibunya dalam beberapa edisi perhimpunan haram yang diadakan pembangkang dan juga menyertai ibunya dalam sidang media PKR.

Dalam satu temubual dengan agensi berita asing, Anwar terperangkap dengan soalan pengacara bahawa beliau sendiri mengamalkan nepotisme dan cuba menafikannya tapi apabila diberikan bukti bahawa isterinya, Presiden parti dan anaknya jadi wakil rakyat, itulah nepotisme sebenar.

Makin hari makin teruk pakatan pembangkang dalam hal nepotisme ada kronisme. 

Sumber asal: AMALAN NEPOTISME DALAM PKR BERTAMBAH PARAH BILA JEMPUT NURUL NUHA BERTANDING

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment