UGUT PECAT AHLI, PPBM CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!

Posted by Kerah Lekung on Monday 2 April 2018

UGUT PECAT AHLI, PPBM CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!.
Kalau sebelum ini, bukan main lagi puak penyokong PPBM tu menuduh kononnya UMNO merupakan sebuah parti yang kejam terhadap ahli - ahlinya kerana bertindak terburu - buru.


Tuduhan tersebut dikeluarkan selepas beberapa orang pemimpin utama parti itu dipecat dan digugur keahlian mereka kerana secara terbuka mempersoalkan tindakan pucuk pimpinan parti.


Kata mereka, UMNO cuba menutup kelemahan dan kesalahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu dengan mengambil tindakan memecat keahlian pemimpin seperti Muhyiddin Yassin.


Malah kata mereka, UMNO ni tidak mengamalkan sikap terbuka dan tidak boleh ditegur. Kononnya mereka menggambarkan kepimpinan UMNO ni sebagai parti yang tidak boleh disentuh.


Tapi hakikatnya, tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan PPBM itu sendiri jauh lebih kejam dan zalim dari UMNO apabila mereka mengeluarkan ugutan untuk memecat ahli yang menuntut kebenaran.


Masuk kali ini, dah berapa ramai ahli parti itu yang dipecat tanpa sebarang usul periksa hanya semata - mata kerana mereka tampil menuntut penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan.


Kali ini, kepimpinan PPBM sekali lagi membuat ugutan untuk memecat mana - mana ahli parti yang tampil mempertikaikan kesahihan dokumen yang diserahkan kepada RoS sebelum ini.


Dari satu sudut, nampak sangat kepimpinan PPBM ni jenis manusia yang suka bercakap tak serupa bikin. Nak tunjuk kononnya diorang ni maksum sedangkan dalam masa yang sama, diorang ni hanya mengamalkan sifat MUNAFIK secara terbuka!!!

Sumber asal: UGUT PECAT AHLI, PPBM CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment