Tun M Beban Paling Berat Bagi Pakatan!

Posted by Kerah Lekung on Friday 20 April 2018

Tun M Beban Paling Berat Bagi Pakatan!.
Pakatan berbangga kononnya kerjasama mereka dengan Tun M akan membawa hasil lumayan dalam PRU14. Namun itu semua hipokrit. Walhal mereka tahu kemasukan bekas musuh lama itu adalah beban paling berat yang ditanggung, sekaligus merosakkan mood penyokong Pakatan apatah lagi terpaksa merombak kembali perjuangan politik asal mereka terhadap Tun M.

Mana tidaknya, ketika Tun M menjadi PM, puak Pakatanlah melaung meminta demokrasi dikembalikan. Ketika Anwar Ibrahim dipenjarakan, puak pembangkang jugalah sanggup berpanas berdemo di jalanan menuntut pembebasan dan keadilan. Skandal BNM-Forex, Maminco, Perwaja dan sebagainya yang mengalami kerugian wang rakyat, puak pembangkanglah yang menuntut Tun M menjelaskan soal tadbir urus dan ketelusan pentadbiran.

Sekarang, baik Pakatan dan Tun M, dua-dua habis pusing 360 darjah. Yang menentang dah jadi kawan. Isu yang dibangkitkan dilupa begitu sahaja. Perjuangan penyokong Pakatan dan pemimpin mereka tinggal sia-sia, hanya kerana manusia bernama Mahathir Mohamad. Tak mustahil suatu ketika akan datang, yang baik pada hari ini akan bertukar sebaliknya – kerana manusia mudah berubah.

Sumber asal: Tun M Beban Paling Berat Bagi Pakatan!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment