Terpekik terlolong Azmin Ali di dalam sidang parlimen membahsakan isu berkaitan dengan persempadanan semula tanpa memberikan ruang untuk Ahli Parlimen kerajaan memcelah. Bukan itu sahaja Azmin telah mengambil atau mencuri masa untuk mengutuk tindakan SPR.
Sebenarnya tiada butiran penting pun yang dibangkitkan oleh Azmin Ali selaku pembangkang dan hanya meretorikkan isu persempadanan dengan mengutuk tindakan tersebut sebagai kononnya satu langkah pencabulan dalam Perlembagaan Negara.
Tidak kurang dengan itu Azmin mengaitkan segala butiran yang berkaitan dengan 1MDB yang mana dikatakan telah berlaku kecurian dan ketirisan yang menjadi modal politik untuk mengelirukan rakyat.
Tujuan Azmin berbuat demikian adalah untuk menutup kelemahannya dalam tadbir urus yang dilakukan oleh nya di Selangor agar tidak dibangkitkan dalam sidang perbahasan tersebut. Dalam hal ini Azmin secara keseluruhannya hanya membangkitkan isu 1MDB sahaja.
Dia sengaja guna isu 1MDB untuk naikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan. Azmin ini mungkin bebal. Isu 1MDB sudah jelas diterangkan bahawa ia hanyalah hutang dan tiada sesen pun daripada duit syarikat itu lesap.
Malah kerajaan sudah lakukan pelan rasionalisasi untuk stabilkan kewangan dan mengurangkan hutang 1MDB. Sehingga kini pihak pembangkang masih lagi memberikan nama orang yang terlibat secara tepat dan jumlah yang sentiasa bertukar-tukar mengikut fahaman mereka.
Begitu lah anak didik Mahathir satu ketika dahulu yang mana mengikut rentak sifunya Mahathir yang mana sentiasa menyalahkan orang lain dan menutup kesalahan sendiri yang nyata dilakukan. Kemana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke dalam pinggan.
Semua rakyat tahu Mahathir bukan sehari dalam politik Negara, mempunyai pengalaman dan perjalanan politik yang mencecah puluhan tahun malah lebih dari setengah abad. Maka tidak pelik bila urusan persempadanan semula dilakukan.
Namun setelah masuk blok pembangkang maka Mahathir, Muhyiddin seakan orang baru dalam politik dan mengambarkan kononnya persempadanan yang dilakukan oleh kerajaan ini satu keganjilan bagi mereka. Sedangkan jawatan yang mereka sandang sebelum ini adalah perdana menteri dan timbalan perdana menteri.
Masa kan kedua-dua mereka ini tidak tahu bahawa persempadanan yang dilakukan atas sebab tempoh masa yang diperuntukkan untuk membenarkan ianya dilakukan berdasarkan keperluan demografi. Ini adalah diantara sebab mengapa kajian kawasan diperlukan dalam tempoh masa tertentu.
Sekarang, bila dah ‘bertukar kulit’ jadi pembangkang, lain pula jadinya. Zaman Mahathir sahaja semasa menjadi Perdana Menteri sebanyak 6 kali persempadanan semula dilakukan. Masa ada kuasa, semua boleh. Bila tak ada kuasa, dia bantah, kritik dan tuduh macam-macam, kononnya kezaliman kepada Pakatan.
Tetapi pada hari ini Mahathir sanggup diheret ke jalanan berdemo konon persempadanan yang dilakukan adalah satu penipuan pilihanraya yang menguntungkan Barisan Nasional. Muhyiddin pun sama, walhal ruang dan peluang untuk membahas kan perkara ini terbentang didalam Parlimen untuk dapatkan penjelasan. Tetapi memilih untuk menyuarakan dijalanan.
Inilah pemimpin yang mudah lupa, hidup atas dasar isu semata-mata. Tambahan sudah hampir dengan pilihanraya , maka kita sedia maklum berbagai dan bermacam-macam tuduhan dilemparkan oleh pembangkang dengan tohmahan paling epik dalam sejarah negara ialah `pilihan raya paling kotor’.
Begitu juga dengan Mahathir, Nurul Izzah dan juga DAP seiring memperkatakan hal ini. Wahal Mahathir tahu ianya hanya persepsi semata-mata. Tetapi untuk menjaga hati DAP Mahathir , Muhyiddin lakukan semuanya hanya kerana DAP.
Boleh dikatakan setiap kali pilihanraya maka isu pilihanraya paling kotor akan dilaungkan dan mengaitkan penglibatan SPR yang semestinya akan dikatakan kononnya bersekongkol dengan pihak kerajaan untuk melakukan penipuan pilihanraya.
Tidak ada dalam sejarah pembangkang di Malaysia mengatakan pilihanraya yang dilakukan dalam Negara ini bersih, telus dan bersih walaupun mereka telah memenangi beberapa buah negeri. Bukan itu sahaja, penglibatan orang asing yang dibawa oleh pembangkang adalah satu tindakan campur tangan yang tidak menghormati kedaulatan Negara ini.
Mungkin kita masih ingat bagaimana mereka memainkan isu pengundi hantu bangla seramai 40 ribu orang yang dikatakan akan mengundi untuk Barisan Nasional, persepsi yang dilancarkan telah menghuru-harakan sistem pilihanraya yang dijalankan.
Jadi pihak pengundi yang bijak seharusnya tahu menilai mana parti yang sebenarnya mementingkan keharmonian dalam Negara ini dan bukan parti yang mencari jalan-jalan songsang untuk mengadaikan kedaulatan Islam Bangsa Melayu dan juga bangsa lain yang tinggal di Malaysia hanya demi kerakusan kuasa dan jawatan.
Barisan Nasional adalah pilihan terbaik untuk menjamin kesejahteraan kehidupan serta kemajuan Negara agar tidak dikeronyok hancur oleh pihak pembangkang yang terdiri dari pemimpin yang kleptokrat.
– pru14.tv

Sumber asal: PRU14 Jadi Medan Pembangkang Jual Maruah Negara...Masa Berkuasa Dulu Bukan Main Lagi Jadi HERO
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment