PROJEK MEGA ZAMAN MAHATHIR ADA PERLEPASAN CUKAI ?

Posted by Kerah Lekung on Thursday 19 April 2018

PROJEK MEGA ZAMAN MAHATHIR ADA PERLEPASAN CUKAI ?.
Menjelang PRU 14 ini, gabungan pembangkang kecoh menyatakan kontraktor dari China yang membangunkan projek negara untuk rakyat iaitu ECRL, diberi pelepasan GST. Propaganda pembangkang mahu GST 6 peratus turut dikenakan kepada projek pembangunan tersebut.

Berlumba-lumba para penyokong pembangkang menyerang kerajaan kononnya kerajaan telah mengamalkan prinsip ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

Projek yang dimajukan untuk kemudahan rakyat khususnya buat masyarakat pantai timur dipertikai sedangkan ia merupakan satu projek kemudahan awam yang penuh dengan manfaat.

Apatah lagi faedah rendah telah dikenakan syarikat dari China itu bagi projek ECRL dari hasil pengecualian GST tersebut.Justeru, projek yang memberi kadar faedah yang rendah seperti ini tidak seharusnya dipertikaikan.

Bagaimana pulak syarikat yang membangunkan projek mega zaman Mahathir seperti KLCC, Sepang Circuit, Perwaja, Proton dan KLIA?

Adakah syarikat luar dari Korea, Jepun, Argentina dan pelbagai syarikat lagi dikecualikan SST?

Sumber asal: PROJEK MEGA ZAMAN MAHATHIR ADA PERLEPASAN CUKAI ?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment