AZMIN MELUAT BILA KHALID SAMAD TUNJUK PANDAI???

Posted by Kerah Lekung on Thursday 19 April 2018

AZMIN MELUAT BILA KHALID SAMAD TUNJUK PANDAI???.
Besar sungguh kuasa yang ada pada Si Khalid Samad ni sampai dia pulak yang boleh buat pengumuman, kononnya pembahagian kerusi DUN sesama parti-parti dalam Pakatan dah selesai.


Menurut kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad sebelum ini, PAN Selangor akan dapat bertanding di 10 kerusi DUN Selangor dan hal ini telah dipersetujui dalam mesyuarat Pakatan.


Soalnya, Khalid Samad ini siapa? Bukankah Azmin Ali selaku Pengerusi Pakatan Selangor yang seharusnya mengumumkan hal - hal sebegini, terutamanya tentang pembahagian kerusi.


Tapi, jangan hairan la. Bila datang Si Azmin ni nanti, dia boleh buat pula kenyataan dengan menyatakan isu itu ‘belum selesai’, ‘tunggu dulu’, ‘itu bukan persetujuan rasmi’ dan bermacam lagi alasan.


Lagi pun, kepimpinan PAN di Selangor ni memang tak ‘berlaga angin’ dengan Si Azmin Ali tu sejak dari awal lagi kerana mereka mendakwa dia mempunyai hubungan rapat dengan PAS.


Ingat lagi kes Pengerusi PAN Selangor memberi gelaran kepada Si Azmin Ali tu sebagai ‘Pelawak’ hanya semata - mata kerana mereka GAGAL mencapai persetujuan berhubung isu pembahagian kerusi?


Jadi, tak mustahil sekiranya Si Khalid Samad ni sengaja nak mendahului Azmin dan membuat pengumuman berkaitan jumlah kerusi DUN untuk PAN dengan harapan Azmin akan ‘tunduk’ kepada mereka. 


PAN kalau boleh nak bertanding semua kerusi PAS, PPBM ‘parti setahun jagung’ pun konon-kononnya rasa ada pengaruh di sana. Kita lihatlah bagaimana kesudahan drama Pakatan ni. Takut - takut nantu duit deposit diorang hangus dan DAPigs juga yang dapat keuntungan!!! 

Sumber asal: AZMIN MELUAT BILA KHALID SAMAD TUNJUK PANDAI???

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment