PM sudah ‘buka gelanggang’…Ayuh Lah Pastikan Barisan Nasional Menang BESAR

Posted by Kerah Lekung on Friday, 6 April 2018

PM sudah ‘buka gelanggang’…Ayuh Lah Pastikan Barisan Nasional Menang BESAR.
Tiada teka teki lagi.Sudah rasmi Parlimen dibubarkan berkuatkuasa Sabtu 7 April untuk beri laluan kepada pilihanraya umum ke 14 yang dicop sebagai ‘ibu segala pilihanraya’.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman - yang menjadi bahan spekulasi hangat - menerusi sidang akhbar khas di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri tengahari Jumaat.

Ini adalah kali kedua beliau mengetuai Barisan Nasional menghadapi pilihanraya umum sejak pegang jawatan Perdana Menteri 3 April 2009.Kali pertama PRU13 pada 5 Mei 2013.

Semasa membuat pengumuman itu Najib memberitahu beliau telah mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk pembubaran Parlimen.

Serentak dengan itu beliau menasihatkan semua kerajaan-kerajaan negeri mengadap Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan serentak dengan pusat.

Dengan pengumuman pembubaran ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dijangka akan adakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi.

Pembuangan undi perlu diadakan dalam tempoh 60 hari Parlimen dibubarkan.

Sumber asal: PM sudah ‘buka gelanggang’…Ayuh Lah Pastikan Barisan Nasional Menang BESAR

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment