Mukhriz malu mengaku rakyat Malaysia

Posted by Kerah Lekung on Sunday 28 January 2018

Mukhriz malu mengaku rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mendedahkan beliau berdepan krisis identiti apabila berada di luar negara.

Anak sulung kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, beliau malu untuk mengaku berasal dari Malaysia kerana dakwanya negara ini mempunyai imej buruk di peringkat antarabangsa.

"Ketika saya pergi ke luar negara atau mengerjakan umrah, saya ditanya dari negara mana?

"Saya malu untuk mengaku dari Malaysia, jadi saya jawab Brunei.

"Bila saya jawab Malaysia, orang bertanya mengapa banyak masalah di negara ini. Ia dulu adalah hebat tetapi sekarang teruk," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sarapan Pagi bersama penduduk Kampung Jernang, Mukim Bakai, di sini, hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Kedah, berkata Pakatan Harapan (PH) akan memulihkan negara.

Antara agenda utamanya adalah menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini dan bukannya kepada warga asing.

Sumber asal: Mukhriz malu mengaku rakyat Malaysia

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment