Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973: PVPNM tuntut kerajaan laksanakan

Posted by Kerah Lekung on Monday, 2 April 2018

Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973: PVPNM tuntut kerajaan laksanakan.
Bekas tentera menuntut pelaksanaan Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973
MOHD ALI HASHIM  -  April 2, 2018 6:29 am
Terlalu banyak kelemahan yang ada pada kerajaan sehingga menyebabkan terlalu ramai bekas angkatan tentera tidak dibela nasib mereka sehingga ke hari ini, kata, Presiden Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM), Datuk Halim Khomiza.

Menurut beliau lagi antara perkara yang tidak diberi pembelaan yang sewajarnya oleh kerajaan seperti Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973 (PMAT).

“Dalam perintah ini telah termaktub bahawa setiap anggota tentera berhak untuk mendapat dua lot tanah atau sekurang-kurangnya 20 ekar tanah pertanian.

“Ini merupakan arahan yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan hingga kini.
Datuk Halim Komiza

“Tidak dapat dinafikan mereka ini telah pun berjasa pada negara terutamanya semasa zaman darurat suatu ketika dahulu, ” jelasnya ketika ditemui semasa majlis pecah tanah Galeri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam  pada Sabtu.

Beliau juga berkata golongan ini terabai dan tidak mendapat pembelaan sepertimana yang ada dalam format tersebut yang telah ditandatangani oleh Yang Dipertuan Agung.

Dari segi pelarasan gaji dan imbuhan ramai yang berpencen selepas Akta Pencen 2012 agak bernasib baik kerana mendapat pencen yang lumayan.

Namun begitu ujarnya, bagi mereka yang berpencen sebelum Akta Pencen 2012 dilaksanakan mendapat pencen yang sedikit serta tidak setimpal.

“Terdapa ramai antara bekas tentera yang banyak berjuang pernah menyertai operasi yang amat membahayakan keselamatan dan nyawa mereka.

“Tidak dapat dinafikan kesan dari beberapa siri operasi yang pernah mereka sertai termasuk ketika menentang komunis sehinggakan ada yang telah putus tangan dan putus kaki kerana terkena jerangkap dan sebagainya.

“Walau bagaimana pun pembelaan terhadap mereka tidak dibuat secara menyeluruh sehinggakan ada yang amat kecewa dan menderita, ” tegasnya lagi.

Sarannya lagi, sepatutnya kerajaan mencari jalan dan kaedah yang terbaik dengan tidak meminggirkan golongan tersebut.

“Sekiranya nelayan pun boleh mendapat subisidi dan elaun sehingga RM500 sebulan, kenapa pula bekas tentera yang telah berhenti tidak dibela secara sempurna.

“Ada yang mencurahkan khidmat mereka antara 10 sehingga 19 tahun dan menyumbang jasa untuk keselamatan negara.

“Oleh kerana itu PVPNM amat berharap kerajaan dapat melaksanakan sesuatu yang boleh mengubah nasib veteran tentera, “ujarnya.

Kata beliau lagi apa yang dipinta bukanlah sesuatu yang berada diluar kemampuan kerajaan.

“Kerajaan boleh laksanakan sepertimana yang telah dijanjikan kepada bekas tentera iaitu pemberian dua lot tanah pertanian bagi setiap orang.

“Namun begitu sekiranya dijumlahkan sudah pasti begitu ramai yang telah berpencen serta tidak ada tanah yang mencukupi untuk dianugerahkan.

“Biarpun begitu kerajaan mempunyai alternatif lain dengan menganugerahkan pemberian tersebut dalam bentuk tunai demi membela nasib dan menjaga kebajikan bekas tentera tersebut, ” katanya lagi.

Malah katanya PVPNM yang kini telah mempunyai lebih 3,000 ahli yang terdiri dari bekas tentera menuntut kerajaan supaya segera melaksanakan apa yang terkandung dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973 demi membela nasib mereka.

Sumber asal: Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973: PVPNM tuntut kerajaan laksanakan

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment