Kamu tuhankah dan Kalau saya tuhan: Kenyataan Media Penasihat Amanah

Posted by Kerah Lekung on Monday, 2 April 2018

Kamu tuhankah dan Kalau saya tuhan: Kenyataan Media Penasihat Amanah .
AlHandulillah. Dari Penasihat Amanah

Kenyataan Media.

Isu "Kamu Ini Tuhan kah " Dan  "Kalau Saya Tuhan".

1. Setelah mentela'ah pendapat/ fatwa para ulama mu'tabar (salaf & khalaf), di dapati mereka sepakat memfatwakan bahawa mengucapkan lafaz yang mentasybihkan atau memperumpamakan makhluk dengan Tuhan samada pada zatNya atau perbuatanNya atau sifat & namaNya, hukumnya adalah haram dan di larang keras mengucapkannya samada secara terang ataupun sindiran.

2. Melafazkan perkataan seperti "kamu ini Tuhan kah yang boleh tahu begitu begini", atau " kalau saya Tuhan saya akan buat begitu begini" adalah termasuk sebagai lafaz tasybih yang mengumpamakan makhluk dengan Tuhan.

3. Implikasi daripada melafazkan perkataan yang terlarang itu boleh menjejaskan aqidah tauhid sesiapa yang melakukannya selagi seseorang itu dalam keadaan aqal siuman semasa melafazkannya tanpa sebarang paksaan.

4. Apabila seseorang telah melafazkannya dengan sengaja atau terlanjur maka ianya tidak terbatal dengan hanya menarik balik apa yang telah di  lafazkan. Ini kerana perlanggaran ke atas hukum larangan itu telah berlaku dan ianya adalah perlanggaran ke atas hak ALLAH. Maka yang di tuntut ke atas seseorang yang melakukan maksiat perlanggaran itu adalah bertaubat dan  memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun.

5. Adapun larangan tersebut adalah sangat jelas berdasarkan kepada firman Allah dalam surah Asy Syura ayat 11 ;

لَيْسَ كَمِثْلِهٖ شَيْءٌ

laisa kamislihii syaii`

"...Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)..."
(QS. Asy-Syura 42: Ayat 11)

Juga firman Allah dalam Surah Al Ikhlas ayat 4 ;

وَلَمْ يَكُنْ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ
wa lam yakul lahuu kufuwan ahad

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya."
(QS. Al-Ikhlas 112: Ayat 4)

6. Setelah meneliti rakaman video pertikaman lidah di  Dewan Rakyat di antara MP Baling (yang memulakannya) & MP Sepang (yang memberi respon), serta merujuk kepada hansard Parlimen, adalah di dapati kedua-dua MP berkenaan terlibat melafazkan perkataan mentasybihkan makhluk dengan Tuhan yang boleh menjejaskan aqidah tauhid.

7. Oleh yang demikian, sebagai sahabat & saudara dalam Islam, saya dengan ikhlas menasihati kedua-dua MP berkenaan supaya bersegera memohon keampunan kepada ALLAH & berINABAH kepadaNya.  Seterusnya hentikanlah daripada membuat kenyataan yang akan hanya menambah kesalahan. Nasihat ini semata-mata kerana menunaikan kewajipan sesuai dengan sabda Rasulullah SAW bahawa "agama itu nasihat".

8. Isu ini tidak perlu diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan politik apatah lagi untuk mengalihkan topik perbahasan yang sebenar bagi melindungi kezaliman kerajaan kleptokrasi yang berterusan menyalahgunakan kuasa untuk terus menipu dan menindas rakyat.

9. Sehubungan dengan ini, sukalah saya menasihati semua pihak agar berlaku adil jika hendak mengulas isu ini dengan menegur kedua-dua MP berkenaan. Bukan dengan hanya menujukan sasaran teguran kepada MP Sepang semata-mata.

Sekian, والله اعلم.

*USTAZ AHMAD AWANG*
Penasihat Umum
Parti Amanah Negara (Amanah)
31 Mac 2018

* Kalau diikutkan Ustaz Ahmad Awang ni, aku pun silap faham juga. Pada mulanya aku pandang dan penting pada ayat Melayu mudah "Kalau saya Tuhan". Saya pentingkan ayat 'Kalau' sahaja. 

Rupanya silap kerana "mentasybihkan makhluk dengan Tuhan" tidak boleh rupanya dan membawa pada rusaknya aqidah. Astaghfirullahal Azim. Ampunkanlah aku yang bodoh dan lemah ini ya Allah!

Sumber asal: Kamu tuhankah dan Kalau saya tuhan: Kenyataan Media Penasihat Amanah

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment