Pengarah Urusan Supermax Stanley mohon maaf kepada PM

Posted by Kerah Lekung on Sunday 15 April 2018

Pengarah Urusan Supermax Stanley mohon maaf kepada PM.
Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corp Bhd Datuk Seri Stanley Thai pada Sabtu menzahirkan rasa kesal kerana melibatkan diri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Semasa mengemukakan permohonan maaf secara rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di Kuala Lumpur, Thai berkata beliau terpengaruh dengan propaganda pembangkang dan pembangkang pada PRU13, dan benar-benar menyesalinya dan sedar bahawa adalah salah untuk beliau sebagai seorang ahli perniagaan untuk terlibat dalam politik.

"Sebagai seorang anggota komuniti perniagaan, saya mahu menyaksikan kestabilan politik. Perniagaan-perniagaan yang beroperasi di Malaysia akan terus maju dan makmur dengan dasar-dasar ekonomi kukuh dilaksanakan kerajaan memerintah yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Pelabur-pelabur asing akan terus mempunyai keyakinan penuh untuk turut serta dan memacu pertumbuhan ekonomi dan terus meningkatkan lagi pelaburan mereka di Malaysia," katanya.

Pada sidang media itu, Thai turut menyatakan rasa kesal dengan cara kerajaan negeri Selangor menguruskan isu air, kerana ia telah menyebabkan Supermax, satu daripada pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia, kerugian jutaan dollar dan menjejaskan pertumbuhannya.

"Dua projek terbaru kami telah tertangguh selama dua setengah tahun sehingga tiga tahun disebabkan isu bekalan air di Selangor, di mana kebanyakan kilang kami terletak," katanya dan menurutnya Supermax mempunyai sebanyak 11 kilang di seluruh negara dan lapan daripadanya terletak di Selangor.

Thai berkata beliau percaya tadbir urus dan pengurusan baik merupakan kunci kepada pertumbuhan industri dan bahawa beliau akan terus menyokong penuh dasar-dasar kerajaan.
Sumber asal: Pengarah Urusan Supermax Stanley mohon maaf kepada PM

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment