ORANG JOHOR DIGESA TOLAK PEMBANGKANG YANG TIDAK SERIUS...BUKAN SAJA JOHOR

Posted by Kerah Lekung on Monday, 2 April 2018

ORANG JOHOR DIGESA TOLAK PEMBANGKANG YANG TIDAK SERIUS...BUKAN SAJA JOHOR.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa jentera dan pengundi supaya menolak pembangkang yang mahu menjadikan Johor sebagai longgokan pemimpin pembangkang yang tidak serius memajukan negeri ini.

Menteri Besar itu berkata Johor bukan negeri transit bagi individu yang mempunyai agenda peribadi dan negeri buangan untuk mereka kecewa dalam politik.

“Kita bukan berkehendakkan wakil rakyat yang sekejap ada, sekejap tiada. Lebih penting, Johor bukan negeri nomad untuk pemimpin DAP. Kita akan tolak mereka yang hanya mahu mengubah Johor menjadi negeri transit, buangan dan longgokan pemimpin yang tidak serius.”

“Semua ini akan hanya jadikan Johor haru-biru,” katanya berucap pada majlis pelancaran Jentera BN Johor oleh Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata tanggapan pemimpin pembangkang bahawa kerusi di Johor sebagai transit dalam pilihan raya adalah seperti mempergunakan demokrasi untuk kepentingan peribadi.

“Ini namanya memperkudakan demokrasi untuk menghina Johor. Seolah-olah pengundi di Johor tidak perlukan dan tidak layak mempunyai pemimpin yang sanggup hidup dan kekal bersama-sama pengundinya.”

“Pembangkang harus sedar. Kita ini negeri JDT. JDT itu maksudnya Johor Darul Takzim! Bukannya Johor Darul Transit. Kita semua jangan lupa, Johor ini simbolnya, warnanya adalah biru,” katanya. – BERNAMA

Sumber asal: ORANG JOHOR DIGESA TOLAK PEMBANGKANG YANG TIDAK SERIUS...BUKAN SAJA JOHOR

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment