Pada Selasa…selang tiga hari menjelang beliau diramal akan mengumumkan pembubaran Parlimen pada Jumaat ini untuk pilihanraya umum ke 14,Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Muar,Segamat dan Labis,Johor.
Kebelakangan ini begitulah halnya.Hampir setiap hari beliau ligat ‘pusing keliling’ ke segenap penjuru negara untuk tugas rasmi dan politik.
Kebetulan hari ini 3 April adalah ulangtahun ke 9 beliau menjadi Perdana Menteri.
Ini adalah kali kedua ulangtahun beliau pegang jawatan nombor satu negara diselubungi dengan mood politik yang panas untuk pilihanraya umum.
Kali pertama ialah pada tahun 2013 bilamana pilihanraya umum diadakan pada 5 Mei.
PRU 14 juga diramal akan berlangsung pada awal Mei.
Berbeza dengan PRU13…debaran tentu lebih terasa ketika beliau akan mengetuai BN kali kedua untuk mengharungi PRU14 yang dicanang sebagai ‘ibu segala pilihanraya’.
Apa tidaknya…ini kerana Najib akan berentap dengan bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad, pengerusi pakatan pembangkang yang ada rekod pegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun.
Lojiknya memang tidak adil untuk buat perbandingan antara rekod kerja selama 22 tahun dengan 9 tahun.
Lagipun Dr Mahathir sendiri tidak dapat mendakwa pentabiran beliau selama 22 tahun mulus,cantik dan tanpa ranjau.
Dakwaan mengenai kroni,dasar yang silap dan projek yang gagal juga bergema dari masa ke semasa.
Timbalannya yang pertama Tun Musa Hitam secara terbuka mengkritik dasarnya.
Projek menara berkembar KLCC,Putrajaya,KLIA dan sebagainya tidak dapat menutup kisah pemilihan UMNO getir tahun 1987 bilamana beliau nyaris tewas ditangan Tengku Razaleigh Hamzah.
Pertama kali UMNO terpaksa pegang status jadi parti haram gara-gara pemilihan itu.
Badai Reformasi yang melanda sejak 1998 kerana pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menghiasi zaman pentabirannya.
Ada pemerhati yang menilai pengisian dalam pentabiran Najib selama 9 tahun lebih baik dari apa yang telah dibuat oleh Dr Mahathir dalam tempoh yang jauh lebih lama.
Ikut cakap mereka malah jika ada 13 tahun lagi – untuk genap 22 tahun seperti Dr Mahathir – tanpa gangguan kemelut politik, Malaysia akan jauh lebih cemerlang dtangan Najib.
Namun politik tetap politik.
Pakatan pembangkang mendapat ‘ bonus’ bila Dr Mahathir yang dulu pernah dicop ‘ Mahafiraun’ dan ‘ Mahazalim’ melompat dalam kem mereka untuk mencari kekuatan bagi menjatuhkan parti yang pernah dipimpinnya.
Mereka kini ibarat kata saling garu mengaru dan lindungi melindungi untuk mencapai matlamat bersama.
Realitinya Dr Mahathir secara bersendirian tidak mungkin dapat gugat kekuatan Najib.
Pakatan pembangkang dalam keadaan sudah bercerai dengan PAS juga sebelum ini terkial-kial tidak tentu arah.
Mereka kini terpaksa reka cipta dan menjaja pelbagai dakwaan untuk menghakis kepercayaan rakyat pada BN khususnya mengunakan isu 1MDB,GST dan kos hidup.
Sejarah tidak dapat dipadam.Dr Mahathir mungkin boleh buat-buat lupa gara-gara pelbagai U-Turn yang dibuatnya dalam usaha untuk berdakap mesra dengan bekas musuhnya dulu.
Kini sudah hampir 20 tahun negara berdepan dengan kemelut politik yang kronik gara-gara tindakan Dr Mahathir keatas isu moral Anwar.
Beliau kini cuba mengubah persepsi rakyat seolah tidak ada apa yang pernah berlaku.
Paling melucukan beliau bersusah payah cuba ‘mengsucikan’ orang yang pernah beliau secara terbuka kata tidak layak memimpin negara ini.
Bukan setakat itu malah sanggup jadi Perdana Menteri sementara bagi memberi laluan pada Anwar jika pakatan pembangkang menang pilihanraya.
Namun tidak ramai yang mudah lupa sejarah pahit dan telan apa saja yang sedang 'dijual’ oleh bekas Perdana Menteri itu.
Susah rasanya hendak terima hakikat orang yang dihukum bersalah oleh mahkamah kerana meliwat hendak diangkat mengetuai negara.
Kecuali penyokong tegar pembangkang kebelakangan ini dikalangan orang Melayu khususnya curiga dan tidak ada keyakinan pada pakatan pembangkang yang jelas didominasi oleh DAP.
Dr Mahathir dilihat cuma sebagai ‘penghias tingkap’ dalam mengejar matlamat politik masing-masing.
Najib tentu tahu dan sedar pada harapan besar yang disandarkan oleh ramai orang untuk berlindung dibawah payung kerajaan yang sedia ada.
Dari gerak langkah yang diaturnya nampaknya anak Allahyarham Tun Abul Razak ini sudah set untuk pastikan payung itu tidak bocor.
Mesejnya cukup jelas.‘Jangan main-main dengan Pendekar Bugis’ katanya bergema semasa himpunan dengan ribuan pesilat negara di Gombak Ahad lalu.

Sumber asal: Najib…mengatur langkah setelah 9 tahun berlalu
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment