Mat Sabu dilarang ke Sarawak...Padan Muka ENgkau Jangan Nak Meroyan

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 4 April 2018

Mat Sabu dilarang ke Sarawak...Padan Muka ENgkau Jangan Nak Meroyan.
PETALING JAYA: Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilarang menjejakkan kaki ke Sarawak hari ini, kata Setiausaha Politiknya, Mohd Azhar Mat Dali.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditahan ketika menjalani pemeriksaan imigresen, setibanya di Lapangan Terbang Kuching pada 9.30 pagi ini.

Azhar dalam satu kenyataan memaklumkan Mat Sabu ke Sarawak untuk menghadiri mesyuarat parti itu.

Katanya, timbalan presiden Pakatan Harapan itu dibenarkan ke Sarawak untuk menghadiri satu program di Bintulu, minggu lalu.

Mat Sabu pernah dilarang ke Sarawak pada 22 Mac 2016 untuk berkempen bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sumber asal: Mat Sabu dilarang ke Sarawak...Padan Muka ENgkau Jangan Nak Meroyan

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment