Selain cuba untuk menarik sokongan pengundi Melayu, tindakan Pakatan Harapan (PH) memilih logo PKR sebagai logo mereka pada PRU14 ialah untuk mengelirukan pengundi dengan warna biru Barisan Nasional (BN). Bunyinya seakan-akan tidak logik bukan dan agak kurang pandai kan? Tapi itulah taktik pakatan yang sedang berada dalam mood terdesak.
Apa pilihan yang masih tinggal jika bukan hanya DAP dan PAN. Parti PPBM sudah terbubar sementara atas arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana melanggar peraturan.
Jika seluruh pakatan memilih logo DAP, PH akan kalah kerana majoriti orang Melayu sebenarnya masih membenci DAP hasil dari kebencian selama lebih 22 tahun yang dibuat oleh Pengerusi PH, Mahathir Mohamad semasa jadi Perdana Menteri dulu. Kebencian itu sudah pasti tidak akan hilang apabila kini Mahathir bersama-sama dengan DAP pula.
Andaikata, PH memilih PAN yang diketuai oleh Presidennya Mohamad Sabu, kekalahan PH sudah pasti akan menjadi kekalahan paling teruk dalam sejarah pembangkang dalam pilihan raya umum di Malaysia.
Ini kerana, beliau yang turut dikenali sebagai Mat Sabu dikenali sebagai ahli politik pelawak sahaja. Kalau berceramah, Mat Sabu tidak banyak isi mustahak yang diperkatakan oleh beliau sebaliknya hanya mengutuk pihak tertentu terutamanya BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kalau logo PAN dipilih, sudah pasti pakatan akan kehilangan sokongan yang amat besar daripada pengundi yang menyokong PAS kerana PAN adalah parti serpihan daripada PAS. Kebanyakan pemimpin PAN termasuk Mat Sabu adalah mereka yang kalah dalam pemilihan PAS dulu.
Mereka akhirnya buat keputusan untuk pilih logo PKR yang berwarna biru supaya pengundi kononnya keliru antara biru BN dan biru PKR.
Kemudian lahirlah kempen nakal, supaya pengundi memilih warna biru yang lebih muda iaitu logo PKR. Mereka fikir pengundi tidak sedar walaupun warna PKR ialah biru muda lebih muda dari biru BN, tapi kedua-dua calon Perdana Menteri mereka sudah tua malahan lebih tua. Mahathir, calon Perdana Menteri mereka sudah berumur 93 tahun.
Selepas pemimpin PKR yang sedang dipenjara, Anwar Ibrahim bebas, dan boleh bertanding, beliau juga sudah tua iaitu berusia 70 tahun. Mereka suruh pilih warna biru yang lebih muda tapi sebenarnya pemimpin yang dipilih untuk menerajui negara sudah begitu tua untuk menerajui negara.
Apabila tidak boleh menang, pembangkang guna taktik cuba mengelirukan orang ramai supaya mereka menang kerana pengundi salah pilih warna. Memang tidak masuk akal, tapi apa sahaja yang mungkin boleh membuahkan hasil pembangkang akan lakukan kerana sudah terdesak mahu menang dan mahu kuasa.

Sumber asal: Logo Biru PKR Dipilih Untuk Kelirukan Pengundi Dengan Warna Biru BN
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment