Kuda Tunggangan DAP, Mahathir Tak Nak Cabar Superman Hew Berdebat Ke?

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 5 April 2018

Kuda Tunggangan DAP, Mahathir Tak Nak Cabar Superman Hew Berdebat Ke?.
Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan dirinya sebagai ‘pendekar Bugis’.

Dalam suatu hantaran video yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia,kononnya beliau amat takut apabila dikatakan panglima Bugis itu sudah bertukar menjadi pendekar Bugis.

Sebaliknya, orang yang takut pada Perdana Menteri itu menjadi berani pula jika Najib sudi adakan perbahasan dengannya dalam satu lagi acara Nothing To Hide. Adakah Mahathir lupa yang beliau sudah bersara?

Jika program itu diadakan sekali lagi pun tiada guna kerana dikhuatiri akan menimbulkan lagi kekecohan di dewan tempat berlangsung acara itu.

Tahun lalu, majlis Nothing To Hide 2.0 dengan tema yang sama berlangsung di Shah Alam. Majlis tersebut bertukar ganas apabila beberapa individu apabila tiba-tiba kasut dan selipar dibaling ke arahnya.

Kekecohan itu dikatakan bermula ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta mengenai peristiwa Memali.Dr Mahathir membuat kemunculan di PWTC itu dan menyampaikan ucapan ringkasnya sebelum diarah berhenti oleh polis.

Sebelum ini juga Mahathir tidak menghadiri forum “Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi” yang dianjurkan oleh sebuah NGO mesra PAS. Alasan beliau menganggap panelis jemputan dalam forum itu sebagai tidak layak dan tidak tahu cara berdebat.Adalah lebih baik Mahathir berdebat dengan Hew Kuan Yau sahaja.

Menerusi video DAP Hew Kuan Yau Hew Kuan Yau yang tular itu pun secara terbuka mendedahkan kepada orang-orang Cina mengenai betapa Tun Dr Mahathir sebenarnya hanyalah sekadar alat yang digunakan oleh Lim Kit Siang untuk mendapatkan kuasa.

Memetik sumber, Kata-kata Hew Kuan Yau yang dikatakan diterjemahkan di dalam video itu ialah: “Mahathir ialah orang jahat. Saya tak pernah cakap Mahathir ialah orang baik. Mahathir macam Shek Kin. Kalau Shek Kin sudah mahu mati, takkan kita tak bagi kalau dia mahu pakat dengan kita? Mahathir memang jahat dari berdekad-dekad dulu. Ini pok kai memang banyak rasuah. Mahathir sudah 92 tahun, Lim Kit Siang hanya umur 75 tahun. Sila fikir sendiri siapa guna siapa. Kit Siang hanya umur 75 tahun, Mahathir umur 92. Ini game terakhir untuk Mahathir, Kit Siang masih ada masa untuk banyak lagi game. Siapa guna siapa? Sendiri tahulah.”

Terbaru, Hew Kuan Yau diumumkan di laman Facebook Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP merangkap Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, akan berceramah bersama-sama beliau, Teo Nie Ching, Chew Peck Choo dan Wong Shu Qi di Kangkar Bahru, Kluang, pada 31 Mac ini sekali gus menggambarkan Hew Kuan Yau masih bersama DAP dan kata-kata Hew Kuan Yau adalah pendirian DAP. Apakah pula reaksi Mahathir?

Tambahan lagi,bekas ahli DAP Hew Kuan Yau sebelum ini pernah mendakwa Lim Kit Siang mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelamatkan Malaysia dan menjatuhkan perdana menteri.

Malangnya, masih ada lagi masyarakat Melayu yang mempertahankannya dan mahu bersengkongkol dengan parti chauvinis yang anti Melayu dan Islam ini.

Sumber asal: Kuda Tunggangan DAP, Mahathir Tak Nak Cabar Superman Hew Berdebat Ke?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment