Kesihan Muhyiddin…Nak Salahkan Orang Lain Plak

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 7 April 2018

Kesihan Muhyiddin…Nak Salahkan Orang Lain Plak.
Sekitar bulan September 2016, Tan Sri Muhyiddin tersenyum bangga apabila menyerahkan permohonan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kepada Pendaftar Pertubuhan. Sebulan kemudian, RoS telah meluluskan penubuhan PPBM dengan beberapa syarat yang harus diikuti oleh kepimpinan tertinggi PPBM.

Semasa sidang akhbar setelah selesai urusan Muhyiddin dengan RoS, dia menyasarkan untuk membawa parti ini menggantikan UMNO, parti yang telah menjulang namanya di dalam arus politik negara. Dakwanya, PPBM adalah sebuah parti yang telus dan benar-benar memperjuangkan nasib kaum Melayu yang mana UMNO didakwanya gagal membela nasib kaum Melayu secara keseluruhannya.

Malah, Muhyiddin juga turut meramalkan, PPBM akan menjadi jauh lebih kuat berbanding UMNO. Namun, kira-kira sebulan kemudian, Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi PPBM, mula mencorakkan parti yang diasaskan Muhyiddin ini sehinggakan Mahathir sendiri telah membawa PPBM menyertai Pakatan Harapan.

Bagi Muhyiddin pula, walaupun pangkatnya di dalam parti berkenaan selaku Presiden, namun, tidak apa yang mampu dia lakukan jika tanpa keizinan Mahathir. Walhal, semasa penubuhan parti berkenaan, langsung tidak ada kelibat Mahathir. Sebaliknya, hanya kelibat 6 orang Jawatankuasa Penaja selain Muhyiddin yanga da di pejabat RoS di Putrajaya.

Setahun lebih telah berlalu, hari ini, tamatlah riwayat parti yang kononnya mahu menawan seluruh undi kaum Melayu dan mahu melenyapkan UMNO dari peta politik. Semuanya gara-gara PPBM sendiri gagal mematuhi perundangan dan perlembagaan mereka sendiri sehingga menyaksikan RoS bertindak membubarkan parti ini untuk tempoh sementara sehingga PPBM sendiri menyerahkan apa yang dimahukan RoS dalam tempoh 30 hari.

Apa sebenarnya yang berlaku terhadap PPBM ini? Kenapa parti ini boleh dibubarkan dalam tempoh sementara sedangkan dalam banyak laporan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin parti ini, PPBM menyasarkan untuk menjadi antara parti dominan dari pembangkang bagi kaum Melayu dan Bumiputera?

Apa yang boleh disimpulkan adalah, PPBM sebenarnya terlalu mengutamakan dendam dan kehendak politik luar batasan para pemimpinnya sehingga mereka tidak sedar, mereka sendiri telah melanggar banyak perlembagaan parti mereka sendiri. Paling utama, apa nasib Muhyiddin selaku Presiden parti berkenaan?

Untuk menubuhkan sebuah parti politik, belanja yang perlu dikeluarkan bukan sedikit. Mungkin memakan angka berjuta ataupun mungkin mencecah ratusan juta. Jika keadaan ini kekal berterusan dan PPBM gagal memenuhi apa yang dituntut oleh RoS, nampaknya pelaburan yang dibuat oleh Muhyiddin hanya untuk membalas dendam terhadap UMNO, akan menjadi sia-sia.

Paling menyedihkan, sasaran PPBM untuk memenangi seberapa banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 ini bakal menjadi angan-angan sahaja. Disaat semua pihak sedang bersiap sedia untuk menghadapi detik getir Pilihan Raya Umum ke 14, PPBM pula dibubarkan dan menjadikan kira-kira 52 bakal calon PPBM termasuk Muhyiddin dan Mahathir sendiri tidak berparti. Kesihan Muhyiddin…

Sumber asal: Kesihan Muhyiddin…Nak Salahkan Orang Lain Plak

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment