Sohibus Samahah Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani Bin Haji Zakaria ketika mengulas kenyataan “kalau saya Tuhan” yang dipertuturkan oleh seorang Ahli Parlimen yang tular sebelum ini berkata sesiapa saja yang bercakap beliau boleh menjadi Tuhan adalah orang yang bodoh kerana mana boleh seseorang manusia berfikir menjadi Tuhan, sedangkan mereka adalah manusia ciptaan Tuhan.
Menurut SS Mufti Perak lagi, manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang tidak mungkin boleh diangkat menjadi Tuhan. Maka dengan itu tidak terdapat istilah “kalau” untuk seorang manusia menjadi Tuhan.
“Makna itu sesuatu yang orang cakap “orang yang bodoh”, dia mana boleh kalaukan menjadi Tuhan. Tuhan tidak akan ada sama dengan manusia ini, tidak boleh jadi “kalau” dia tu, dia makhluk Allah, Tuhan jadikan dia, macam mana dia hendak naik ke atas sampai jadi Tuhan?” SS Mufti Perak turut menegaskan bahawa individu yang melontarkan ucapan sebegitu tidak layak menjadi pemimpin.
“Ini satu ucapan yang bodoh, itu sahaja boleh jadi pertimbangan bahawa orang yang bodoh macam ini tidak boleh dilantik menjadi pemimpin kerana bodoh.”
Memetik sumber dalama berkata, SS Mufti juga menggesa Ahli Parlimen itu untuk bertaubat kerana ucapannya itu adalah sesuatu yang berbentuk syirik dan mewajibkannya bertaubat.
“Kenyataan itu merosakkan aqidah, maknanya dia sudah menyamakan taraf Tuhan dengan dia, dia pun boleh jadi Tuhan. Maknanya Allah itu dilantik menjadi Tuhan, kalau tidak dia pun boleh, begitulah maknanya.”
Justeru, perbuatan itu adalah perbuatan syirik kepada Allah S.W.T seperti yang dikatakan SS Mufti dan wajib bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah bagi sesiapa yang menyamakan dirinya dengan tuhan.

Sumber asal: “Kalau Saya Tuhan”: Satu Kenyataan Bodoh,Syirik,Wajib Bertaubat Kerana Merosakkan Akidah
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment