JOSEPH LIM GUAN ENG BIDAS PAS

Posted by Kerah Lekung on Friday, 6 April 2018

JOSEPH LIM GUAN ENG BIDAS PAS.
Ketua Menteri regim DAP Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng melahirkan rasa kesal dengan sokongan yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terhadap Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018.

Menurut Joseph Lim;
"Sokongan PAS pada (Rang) Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar 2018 ini adalah sama dengan alasan mereka sokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dulu.

"Macam mana mereka (PAS) boleh sokong ISA (sebelum ini), di mana pemimpin mereka sendiri dikenakan di bawah Akta ini," tambah Joseh Lim lagi dalam suatu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Joseph Lim yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan pernah disabitkan bersalah dan didenda RM500,000 oleh mahkamah kerana memfitnah Dato' Jahara Abd Hamid sebagai nenek rasis.

Beliau kini sedang dibicarakan di mahkamah atas kesalahan rasuah dan salahguna kuasa.

Sumber asal: JOSEPH LIM GUAN ENG BIDAS PAS

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment