Demi undi Melayu... DAP gantung 'roket' untuk PRU14

Posted by Kerah Lekung on Friday, 6 April 2018

Demi undi Melayu... DAP gantung 'roket' untuk PRU14.
Selepas lebih 50 tahun ditubuhkan dan bertanding pilihanraya... DAP buat kali pertama akan turun bertanding tanpa menggunakan lambang 'roket'.

Ini merupakan sebahagian strategi untuk menarik undi Melayu kepada parti tersebut yang dipercayai akan bertanding menggunakan lambang PKR dalam pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng mengesahkan calon-calonnya tidak akan menggunakan simbol parti, sebaliknya menggunakan logo sama dengan calon parti komponen lain di dalam Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya hanya calon DAP di Sabah dan Sarawak akan terus menggunakan logo roket kerana sayap DAP di dua negeri itu mempunyai kuasa-kuasa autonomi tertentu.

“Kita sudah membuat keputusan, Ia bukan keputusan mudah namun DAP bersetuju untuk menggunakan logo sama dengan calon-calon Pakatan yang lain, “ kata beliau.

Lim enggan mengesahkan bahawa calon-calon PH termasuk DAP akan menggunakan logo PKR di Semenanjung pada PRU14.

Beliau berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan esok oleh pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad di Johor.

Lim berkata walaupun akar umbi DAP tidak selesa dengan calon mereka menggunakan logo parti lain, ia perlu demi memastikan saingan dua penjuru menentang BN.

PH merangkumi PPBM, DAP, PKR dan Amanah.  Bagaimanapun Pendafar Pertubuhan (RoS) hari ini mengumumkan PPBM pimpinan Dr Mahathir dibubarkan sementara kerana melanggar beberapa peruntukan di bawah Akta Pertubuhan.

Sumber asal: Demi undi Melayu... DAP gantung 'roket' untuk PRU14

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment