DAP SUKA ORANG HIDUP MELAYU MEREMPAT

Posted by Kerah Lekung on Monday 2 April 2018

DAP SUKA ORANG HIDUP MELAYU MEREMPAT.
Kita dapat melihat pemimpin parti pembangkang DAP menunjukkan tingkah laku dan sikap mereka yang sebenarnya dan perilaku kuku besi apabila rakyat tidak dibenarkan bersuara.

Dan atas sebab perkara itu jugalah ramai ahli dan pemimpin DAP keluar parti kerana tindakan diambil ke ata mana-mana ahli dan pemimpin DAP yang bersuara. Selama ini kononnya DAP mendakwa bahawa menyuarakan pandangan dan pendirian adalah kebebasan bersuara iaitu hak rakyat menyatakan pendirian dan pandangan mereka.

Sekarang ini tengok sahajalah apabila DAP berkuasa di Pulau Pinanh, DAP sendiri tidak dapat menerima pandangan dan pendapat serta hak kebebasan bersuara rakyat di Pulau Pinang. DAP sendiri tidak dapat menerima apa yang mereka sendiri laungkan. Ini menunjukkan sikap DAP yang mengamalkan fahaman komunis, fahaman komunis ini di mana kuasa pemutus bukan ditentukan oleh rakyat tetapi ia diputuskan oleh siapa yang memerintah.

Bagi DAP kita ini hanyalah kelas bawahan yang tidak boleh menyuarakan sebarang pandangan, pendapat menentang ataupun membantah Kerajaan DAP. Hukuman akan dikenakan kepada rakyat jika mereka bertindak sedemikian rupa. DAP yang berfahaman komunis, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja tanpa dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuklah di kalangan ahli dan pemimpin mereka. DAP akan menggunakan apa sahaja yang ada pada diri mereka termasuklah kuasa, pangkat, harta dan pengaruh demi kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata.

Orang Melayu sanggup korbankan diri mereka untuk menegakkan kebenaran fitnah dan tuduhan semata-mata untuk menentang kerajaan sendiri sehinggakan keamanan dan keamanan yang mereka nikmati hancur musnah dengan sekelip mata sahaja. Kita dapat melihat apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang, orang Melayu merintih, menangis, melutut dan bersujud tetapi DAP yang berfahaman komunis mereka sama sekali tidak ada rasa belas kasihan dan nilai kemanusiaan. DAP akan terus berkuasa melakukan apa sahaja yang mereka mahukan. Janji manis, pembohongan dan penipuan itu semuanya ada dalam DAP. DAP akan menggunakan media sosial untuk menyebarkan dakyah dan fitnah mereka untuk menipu dan membohongi rakyat.

Kesimpulannya Orang Melayu seharusnya bersatu hati, tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan mainan politik DAP yang hanya mahu memecahbelahkan bangsa kita Melayu. Sedarlah orang Melayu jangan sampai kita merempat di tanah air kita sendiri gara-gara termakan pujuk rayu dan fitnah serta tipu daya DAP.

Sumber asal: DAP SUKA ORANG HIDUP MELAYU MEREMPAT

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment