Alasan Guan Eng Hanya Helah!

Posted by Kerah Lekung on Monday 2 April 2018

Alasan Guan Eng Hanya Helah!.
Macam-macam alasan yang Lim Guan Eng beri ketika dicabar berdebat mengenai skandal terowong dasar laut yang sedang disiasat SPRM itu. Konon panel lain tak setaraf dengan kedudukan dia lah, kemudian dia cabar pula Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong bertanding di parlimen Bagan dahulu sebelum ajak berdebat.

Di sebalik alasan-alasan itu, sebenarnya ada helah yang dia sembunyikan. Rupanya Guan Eng nak mengelak daripada menjawab mengenai lapan syarikat yang dipelawa untuk pusingan pertama, iaitu tentang pra kelayakan sebelum kontrak diberikan.

Kata Wee, Consortium Zenith tidak ada dalam pusingan pertama, tapi tiba-tiba boleh masuk pusingan kedua. Sebab itu Guan Eng beri macam-macam alasan. Sepatutnya, dia kena tampil sebab ini persoalan yang perlu diketahui rakyat.

Aduh Guan Eng! Kalau betul anak jantan, berdebat jelah untuk rungkai kebenaran, tak perlu bangkitkan taraf seseorang. Ke memang sengaja tak mahu berdebat sebab takut kebenaran makan diri?

Sumber asal: Alasan Guan Eng Hanya Helah!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment