Di sebalik angan -angan mat jenin Naib Presiden PKR konon BN akan hilang 4 negeri di PRU14, sebenarnya masalah dalaman sesama mereka di negeri sendiri pun teruk bergaduh berebut kerusi .
Pergeseran Pakatan Harapan di Selangor semakin kronik bila Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sendiri digelar BADUT & TIDAK LAYAK MENJADI MB serta Pengerusi HARAPAN Selangor .
Yang kata itu bukan Noh Omar atau Jamal Md Yunos tetapi Pengerusi AMANAH Selangor sendiri .
Nampaknya perebutan kerusi DUN bukan sahaja kronik di Negeri Sembilan kini sudah merebak ke Selangor .
Jadi , kepada pemimpin-pemimpin PKR usahlah bermimpi di siang hari lah konon mampu menawan 4 negeri ditadbir BN ini kerana masalah agihan kerusi pun bergaduh sakan .
Silap haribulan penggal kali inilah sahaja Azmin Ali bergelar MB Selangor dengan penyokong bola sepak pun dia cari pasal dengna isu stadium .
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor Izham Hashim menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa mereka berbohong dalam soal rundingan kerusi di negeri itu.
Beliau malah menyifatkan Azmin sebagai 'badut' dan tidak layak untuk menjadi menteri besar dan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor.
"Tak ada (rundingan kerusi). Dia ni badut (joker). Bila kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka," katanya kepada Malaysiakini. KLIK DI SINI
Sumber asal: PH SEMAKIN HARU BIRU , AZMIN DIGELAR BADUT TAK LAYAK JADI MB OLEH AMANAH


{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment