NAJIB MAHU HAPUS LEBIH BANYAK TOL DI MASA DEPAN .
- Datuk Seri Najib Tun Razak memberi gambaran kerajaan pimpinannya bersedia untuk memansuhkan lebih banyak tol di jalan-jalan di negara ini pada masa depan.
Perdana Menteri secara peribadi mengakui bahawa beliau sendiri tidak suka kepada sistem bertol dengan menyifatkannya sebagai ‘menyakitkan hati’ dan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Beliau berkata, disebabkan itu, dalam Bajet 2018, kerajaan membuat keputusan memansuhkan beberapa tol termasuklah tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam, Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL), selain tol di Cheras yang dihapuskan sebelum itu.
“Saya tidak percaya kalau kita kenakan tol secara harian adalah baik kepada rakyat. Tidak, saya tidak percaya itu. “Kalau Lebuh Raya Utara-Selatan, Kuala Lumpur ke Karak yang digunakan sekali sekali tidak apa.
Kalau hari-hari bayar tol, dua kali, empat kali, siapa pun sakit hati,” katanya. Perdana Menteri berkata demikian ketika sesi perkongsian #Bajet 2018 Bersama Rakyat mengenai Kesejahteraan Isi Rumah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang disiarkan secara langsung di laman Facebook beliau hari ini.
Menurut Najib, Perdana Menteri terdahulu (dipercayai merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad) merupakan seorang yang sangat mempercayai sistem bertol tetapi berbeza dengannya yang menegaskan tidak suka kepada tol.
Di bawah kepemimpinannya, kerajaan sedang membina Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang tidak mempunyai tol kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.
“Apa yang saya boleh lakukan, saya akan hapuskan tol kerana tidak rasa bagus, sakit hati, sebabkan kesesakan.
“Saya akan lihat semula keputusan (kepemimpinan) terdahulu yang saya fikir membebankan rakyat,” jelas beliau. Menurut Perdana Menteri, kerajaan boleh memansuhkan tol tetapi beliau perlu menyelesaikan isu-isu berkaitan dengannya terlebih dahulu yang ditimbulkan oleh legasi terdahulu. Artikel Penuh: http://ift.tt/2HIkiJg © Utusan Melayu (M) Bhd
Sumber asal: NAJIB MAHU HAPUS LEBIH BANYAK TOL DI MASA DEPAN
Home » Generasi Pejuang Bangsa » NAJIB MAHU HAPUS LEBIH BANYAK TOL DI MASA DEPAN
NAJIB MAHU HAPUS LEBIH BANYAK TOL DI MASA DEPAN
Posted by Kerah Lekung on Saturday, 24 February 2018
Labels:
Generasi Pejuang Bangsa

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment