Ketua Pengarah ROS kecewa dengan tuduhan Mukhriz
ROS perlu masa teliti, pertimbang semua aduan
ainulillia 24/02/2018 0 658 tempoh bacaan kurang dari 1 minit
KUALA LUMPUR, 8 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Surayati Ibrahim berasa kecewa dengan tuduhan terbaharu daripada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Membidas tuduhan bahawa ROS gagal menjalankan tugas, Surayati berkata, sebagai ketua pengarah, adalah menjadi tugas beliau untuk mempertimbangkan semua aspek aduan dan siasatan pula tidak dapat dilakukan dalam sekelip mata.
“ROS adalah satu-satunya agensi pendaftar parti politik di Malaysia dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menyiasat semua aduan yang dilaporkan,” lapor BH Online.
Terdahulu, Mukhriz dilaporkan mendakwa tindakan Surayati yang membuat kenyataan media berhubung isu yang dihadapi Bersatu adalah di luar bidang kuasanya.
Mukhriz mendakwa kenyataan media yang dikeluarkan Surayati adalah berlebihan dan berlawanan dengan tugas utama sebagai Ketua Pengarah ROS.
“Saya tidak pasti apa yang beliau (Mukhriz) maksudkan menerusi tuduhan itu, namun ingin tegaskan bahawa saya hanya menjalankan tugas berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, yang mana setiap aduan terhadap parti politik perlu diteliti.
“Saya juga tidak pasti mengapa Mukhriz tidak mahu saya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan seolah-olah pemimpin PPBM itu memperkecilkan penjawat awam yang melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan,” katanya.

Sumber asal: KP Ros kecewa?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment