Apa nak jadi dunia hari ini sampaikan sanggup umat Islam sendiri menghina agama mereka secara terang - terangan dengan melakukan dosa secara terbuka. Mungkin ini tandanya akhir zaman.
Jika selama ini, kita ingatkan diorang hanya sanggup mempergunakan agama demi nak menjaga kepentingan Politik Peribadi semata - mata. Dan perkara itu masih belum berubah.
Sehingga kini, masih ada lagi golongan yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai Agamawan sanggup mempergunakan Islam demi kepentingan Politik mereka bagi meraih undi.
Buat kerja ibadah tapi dalam masa yang sama mengharapkan balasan bagi membolehkan mereka dipilih menjadi calon. Dimana letaknya agama bagi mereka yang berkelakuan sedemikian?
Dan apa yang mengecewakan, perkara seumpama itu dilakukan oleh sebuah parti yang sering mendabik dada kononnya mereka lebih Islam dari orang lain sedangkan realitinya, mereka menghina Islam itu sendiri.
Tambah memalukan ialah apabila ada juga yang sanggup menipu demi mencari keuntungan tanpa mengendahkan baik buruk tindakan yang dilakukan. Tidakkah tindakan itu dianggap menghina Islam?
Kes terbaru yang kita dengar, seorang wanita ditahan dan dihadapkan ke mahkamah diatas 11 pertuduhan kerana menipu pakej umrah serta mengakibatkan kerugian sebanyak RM 44 ribu.
Soalnya, dimana letaknya maruah Islam bagi mereka ini? Hakikatnya, orang - orang seperti ini lah yang merosakkan Islam itu sendiri sehingga orang lain pun mudah memperlekehkan Islam secara terang - terangan!!!
Sumber asal: BUAT KERJA IBADAH PUN MENIPU???
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment