Berfatwa lagi: Terlebih dulu kamu yang munafiq, berapa lamakah bertahaluf siasi dengan parti itu?

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 25 February 2018

Berfatwa lagi: Terlebih dulu kamu yang munafiq, berapa lamakah bertahaluf siasi dengan parti itu?.
* Ramai dari kalangan kamu yang sekarang dapat pencen atau elaun kerana berkawan dan bertahaluf siasi dengan parti-parti ini DAP dan PKR (biar aku sebut nama)
Kenapa kamu terlalu pengecut untuk menyebut dan menamakan parti yang dimaksudkan?
Jangankan dengan pedang dan senapang, dengan saman pun kamu gerun!

Hal tragedi 13 Mei, hari ini dia konar pulak

Haram umat Islam jadi ahli, sokong 'parti itu' - Hadi
mk      Hari ini, 5:33 pm
Haram bagi masyarakat Islam menjadi ahli atau penyokong parti yang menentang Islam termasuk menjadikannya sebagai rakan setia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Rakyat bukan Islam hendaklah menolak parti itu demi keselamatan semua.

"Adapun umat Islam diharamkan dengan sekeras-kerasnya sama ada menjadi ahli, penyokongnya atau alatnya, termasuk menjadikannya rakan setia untuk perjuangan partinya apabila nyata sikapnya terhadap Islam, sehingga Allah memberi amaran yang keras dan menjadikannya sebahagian daripada sifat munafik," katanya.

Walaupun tidak menamakan parti terbabit, Abdul Hadi dalam tulisan yang disiarkan Harakahdaily dengan jelas dipercayai merujuk kepada DAP.

Ini jelas apabila beliau mengatakan parti terbabit memperjuangkan  'Malaysian Malaysia' yang disifatkannya sebagai konsep 'di luar tabii'.

"Tindakan parti itu paling lantang dan ke hadapan menentang PAS dalam segala usahanya bagi melaksanakan Islam, walaupun dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan penganut bukan Islam.

"Contohnya yang paling berani ialah supaya mengisytiharkan Malaysia adalah negara sekular, berani mencabar ajaran Islam yang sempurna dan menjadi penghalang tegas terhadap usaha PAS memperjuangkan negara Islam secara demokrasi.

"Cara tersebut menunjukkan langkahnya lantang menyekat perjalanan Islam sehingga kelantangannya terkini lebih daripada sebelumnya, apabila berani menyentuh perlembagaan persekutuan dalam perkara Islam, raja berperlembagaan, hak istimewa bumiputera dan lain-lain," jelasnya.

Dalam tulisannya, Abdul Hadi juga mengimbas peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang dikatakan berlaku apabila ada parti yang "berlumba menjadi juara fanatik perkauman" sehingga mencetuskan ketegangan kaum.

"Kini ada parti yang ingin meneruskan lagi cara lama yang usang dan tidak patut diulang lagi.

"Mereka bertahan dengan pengundi bukan Islam tanpa menghormati sensitiviti umat Islam, cuba menghidupkan ketegangan agama dan kaum, namun tanpa berpegang kepada apa-apa agama, tetapi menjadikan Islam sasarannya," katanya.

Sumber asal: Berfatwa lagi: Terlebih dulu kamu yang munafiq, berapa lamakah bertahaluf siasi dengan parti itu?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment