KUALA LUMPUR: Negara sebelum ini pernah tiga kali mengadakan pilihan raya umum pada hari biasa iaitu pada tahun 1982, 1995 dan 1999.
Justeru, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To Choong berkata penetapan 9 Mei 2018 bersamaan hari Rabu tidak sepatutnya dipertikai mana-mana pihak.
Ujarnya, ketiga-tiga tahun itu adalah di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pilihan raya umum pertama Dr Mahathir diadakan pada Khamis, 22 April 1982 dan dua pilihan raya umum terakhirnya sebagai Perdana Menteri pada hari Isnin (24 April 1995) dan 29 November 1999 juga pada hari Isnin.
"Pembangkang tidak seharusnya mempertikaikan tarikh PRU14 yang jatuh pada hari Rabu sebab tiga pilihan raya umum terdahulu pernah diadakan bukan pada hujung minggu," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasminya.
SPR dalam satu sidang media di Putrajaya menetapkan 28 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon, diikuti 9 Mei (Rabu) sebagai hari mengundi bagi PRU14.
Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei dengan tempoh berkempen selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU13.
Mengulas lanjut, Eric berkata, SPR mempunyai alasan tersendiri menetapkan tarikh berkenaan sebagai hari pengundian untuk PRU14.
"Saya bukan bercakap mewakili SPR tetapi saya memahami bahawa terdapat merit pemilihan hari Rabu sebagai tarikh pengundian kerana Malaysia adalah negara yang pelbagai.
"Hujung minggu di Terengganu, Kedah, Johor dan Kelantan ialah pada Jumaat dan Sabtu manakala negeri lain pada Sabtu dan Ahad.
"Adalah tidak adil bagi rakyat Terengganu, Kedah, Johor dan Kelantan jika PRU14 diadakan pada Ahad dan sama juga sekiranya hari mengundi dibuat pada Jumaat.
Katanya, Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan sebagai negara mengamalkan demokrasi penuh juga mengadakan pemilihan Presidennya pada hari Selasa, 8 November 2016.

Sumber asal: Tiga kali PRU diadakan hari biasa ketika Dr Mahathir jadi PM
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment