Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengingatkan rakyat negeri itu agar jangan sesekali mempercayai janji Tun Mahathir Mohamad bahawa pembangkang akan memberi kuasa besar kepada negeri ini jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu hanya bercakap besar apabila menabur janji tersebut kerana hakikatnya beliau sendiri mengabaikan Sarawak selama 22 tahun semasa memerintah sebelum ini.
Sebaliknya kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat negeri ini.
“Saya bukan bercakap besar atau mahu ‘mengangkat bakul’ Najib tetapi apa yang dilakukan oleh Mahathir untuk Sarawak selama 22 tahun memerintah?
“Alhamdullilah...di bawah Najib kita menikmati pembangunan ekonomi secara teratur. Najib sudah membuktikan (prihatin terhadap Sarawak) apabila menyerahkan pemilikan Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun,” katanya berucap dalam Majlis Penyerahan Rasmi HEP Bakun Khamis.
Beliau turut mempertikaikan tindakan Mahathir melabelkan anak Sarawak sebagai malas, tamak dan lembab hingga menyebabkan kelewatan pembangunan negeri ini.
Katanya, adalah tidak wajar Mahathir mengeluarkan kenyataan itu kerana sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau lebih mengetahui apa sebenarnya berlaku pada negeri ini.
“Nya (beliau) nganok (marah) kata kita malas. Sebenarnya, nya (beliau) yang malas datang ke Sarawak... melawat kawasan dan meninjau sebarang projek pembangunan dilaksanakan di Sarawak.
“Ini yang menyebabkan banyak projek tidak siap... jambatan tidak siap, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar hingga menyebabkan Sarawak agak ketinggalan pembangunannya berbanding negeri lain,” ujarnya.
Malah, kata Abang Johari, di bawah pemerintahan Mahathir, semua kuasa hendak dipusatkan kepada beliau sehingga banyak hak dan keistimewaan negeri ini terhakis.
Beliau turut mempertikaikan kenapa baru sekarang Mahathir mahu bercakap mengenai perkara itu, bukan semasa masih berkuasa.

Sumber asal: Mahathir hanya bercakap besar... - Abang Johari
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment