KUALA LUMPUR – Tidak puas hati dengan pembangkang yang banyak menimbulkan fitnah, seorang ahli seumur hidup DAP bertindak meninggalkan parti itu.
Menurut Zulkifli Buang, tindakannya meninggalkan parti itu kerana tidak lagi mahu bersekongkol dengan pembangkang.
“Apa yang ingin saya nyatakan adalah saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku kepada situasi politik masa kini.
“Kalau nak berpolitik, jangan pecah belahkan masyarakat, saya seru kepada semua rakyat agar bersatu dan kembalilah kepada siasah syariah kita,” katanya selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini.
Sebelum itu, Zulkifli bersama Presiden Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz membuat laporan itu bagi menggesa Polis Diraja Malaysia menyiasat individu bernama Mariam Mokhtar atas alasan percubaan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap Najib.
NGO itu hari ini berkata video yang dimuatkan Mariam pada 29 Mac lalu cuba menghasut rakyat agar menolak Barisan Nasional (BN).
Mariam dalam video berkenaan berkata Najib mempunyai perancangan untuk menggulingkan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) tidak lama lagi. -MalaysiaGazette

Sumber asal: Lagi ahli seumur hidup tinggalkan DAP
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment