Kata parti terbuka, kenapa nak pecat ahli? soal bekas pengasas PPBM...Lagi Mahu Beri Undi Kepada PPBM Ker?

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 3 April 2018

Kata parti terbuka, kenapa nak pecat ahli? soal bekas pengasas PPBM...Lagi Mahu Beri Undi Kepada PPBM Ker? .
SHAH ALAM: Seorang bekas pengasas PPBM mempertikaikan tindakan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba menyekat ahlinya daripada bersuara dan menyatakan kepincangan yang berlaku dalam parti serpihan Umno itu.

Kamarul Azman Habibur Rahman menyifatkan tindakan mahu memecat ahli-ahli PPBM yang mempersoalkan kesahihan dokumen yang dihantar kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai tidak selari dengan perjuangan yang dibawa parti itu.

"Apabila Muhyiddin dipecat dari Umno dahulu, kemudian beliau kononnya mahu memperjuangkan keterbukaan dan hak besuara sekiranya beliau berjaya menubuhkan kerajaan bersama PH.

"Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah dimana ahli PPBM sendiri belum apa-apa lagi tidak boleh mempertikaikan apa yang pucuk kepimpinan lakukan.

"Jelas menunjukkan apa yang diperkatakan tidak benar dan inilah bahaya yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin seperti Muhyiddin sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan," katanya kepada Antarapos.

Semalam Muhyiddin mahu memecat ahlinya ekoran mempertikaikan kesahihan dokumen yang diserahkan parti itu kepada RoS.

Muhyiddin juga menyelar mereka sebagai 'bodoh' kerana tidak melihat dan memahami dokumen berkenaan tetapi mahu mempertikaikannya.

Malah kata Kamarul lagi, PPBM mahupun pemimpin mereka tidak perlu khuatir dengan tindakan ahli bawahan mereka sekiranya dipihak yang benar.

"Kenapa tidak boleh bersuara?

"Kalau laporan yang diserahkan kepada RoS benar dan betul, maka tidak perlu dirisaukan ada dalam kalangan ahli yang mempertikaikannya.

"Tetapi nampak macam ada sesuatu yang disembunyikan apabila ahli diberitahu jangan berani mempersoalkan, pasti ada sesuatu disembunyikan," ujarnya.

Sebelum ini, ahli PPBM Gombak, Mohd Azimin Muhamad mendakwa mereka mengesyaki dokumen membabitkan mesyuarat cawangan dan bahagian yang diserahkan kepada RoS adalah palsu.

Azimin juga menyifatkan tidak mungkin kepimpinan parti itu boleh menyiapkan dokumen terbabit memandangkan PPBM tidak pernah mengadakan mesyuarat pada peringkat bahagian dan cawangan.

Dakwanya, bukan saja di Selangor, malah rakan ahli parti di Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan juga menyatakan mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat PPBM.

Mengulas isu berkenaan, Kamarul juga turut berasa hairan bagaimana laporan yang tidak wujud boleh dihantar ke RoS.

"Saya berasa hairan sekiranya PPBM berjaya sediakan apa yang dituntut RoS.

"Sebab saya tahu bahawa mereka dengan jelas gagal untuk mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian," jelasnya.

Kamarul juga menegaskan pucuk pimpinan PPBM tidak perlu bersifat 'defensive' sekiranya ahli-ahli mahukan penjelasan mengenai dokumen yang diminta RoS.

Sumber asal: Kata parti terbuka, kenapa nak pecat ahli? soal bekas pengasas PPBM...Lagi Mahu Beri Undi Kepada PPBM Ker?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment