Eh.....buat-buat tak faham pulaak!

Posted by Kerah Lekung on Thursday 12 April 2018

Eh.....buat-buat tak faham pulaak!.
Kenapa Umno takut saya bergabung dengan Mahathir, tanya Anwar
HUSIN MAHAT  -  April 12, 2018 4:12 pm
Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan dengan sikap para pemimpin Umno yang khuatir dengan kerjasama yang terjalin antara beliau dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak tahu mengapa pimpinan Umno menganggap kerjasama saya dan Tun Mahathir sebagai satu perkara yang janggal kerana kami telah bermusuhan begitu lama.

“Pernah saya jelaskan bahawa kesediaan Tun Mahathir menjalin persahabatan telah saya terima dengan baik dengan semangat bersilaturrahim.

“Saya musykil mengapa Umno begitu takut dengan gabungan Tun Mahathir dan Anwar,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Setelah menjadi seteru politik lebih satu setengah dekad, Tun Mahathir yang memecat Anwar dari jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 kembali menjalinkan persahabatan dengan Anwar.

Tun Mahathir bertemu Anwar beberapa kali di mahkamah membawa kepada pertautan kembali hubungan antara dua tokoh negara itu.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara dipilih sebagai ketua umum Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan PKR, DAP, AMANAH dan PPBM manakala Tun Mahathir dilantik sebagai pengerusi pakatan pembangkang itu.


Menurut Anwar, muafakat yang terjalin antara beliau dan Tun Mahathir bersandarkan tekad bersama untuk menjana perubahan kerana negara kini menjadikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebagai budaya.
“Skandal skala besar saperti 1MDB dan Felda cuba dilindungi. Maka hanya dengan perubahan kuasa, negara dapat dikemudi berdasarkan Perlembagaan dan hukum,” katanya.
PRU14, tambah Anwar adalah kesempatan terbaik bagi rakyat menentukan masa depan negara, menghentikan kezaliman dan membebaskan rakyat dari segala bentuk penindasan.

* Bukankah mereka takut kehilangan kuasa sekiranya gabungan aura Anwar dan ketokohan Dr. Mahathir menjadi satu gabungan tenaga yang menjana sokongan rakyat yang tidak mampu mereka bendung. 

Sekiranya mereka kehilangan kuasa, mereka akan kehingan segalanya mungkin kebebasan juga

Sumber asal: Eh.....buat-buat tak faham pulaak!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment