BATALKAN PROJEK TEROWONG , BINA RUMAH MAMPU MILIK ANTARA MANIFESTO BN PULAU PINANG

Posted by Kerah Lekung on Sunday 15 April 2018

BATALKAN PROJEK TEROWONG , BINA RUMAH MAMPU MILIK ANTARA MANIFESTO BN PULAU PINANG .








Hari  ini pelancaran Manifesto BN P.Pinang ' Selamatkan Pulau Pinang '  untuk rakyat negeri ini jika diberi mandat semula untuk 5 tahun .
Antara janji manifesto yang dekat dengan rakyat negeri ini ialah membina 65 unit rumah mampu milik , rumah kos rendah   , hapuskan surcaj air , batalkan projek terowong dasar laut , mengatasi kesesakan lalulintas , hentikan projek lereng bukit , mengatas isu banjir  dan lain-lain . 
Ia dilihat mampu menarik undi rakyat negeri kembali semula ke BN setelah memberi 10 tahun kepada DAP yang mana 51 janji gagal ditunaikan 

*Manifesto BN Pulau Pinang*
*---SELAMATKAN PULAU PINANG--*
*Antara perkara penting 
1. *Membina* 65,000 unit Rumah Mampu Milik (Dalam Tempoh 5 tahun)
2. *Hapuskan* SURCAJ Air.
3. Bantuan Warga Emas *dinaikkan* kepada RM300 setahun dan dibayar RM150 setiap 6 bulan.
4. *Batalkan* Projek Terowong Dasar Laut antara Bagan Ajam ke Persiaran Gurney.
5. *Memberhentikan* pembangunan di kawasan bukit dan lereng-lereng bukit serta merta bagi kawasan 250 kaki paras laut.
6. *Melaksanakan* Pelan Induk Pencegahan Banjir Negeri Pulau Pinang.
7. *Memperkenalkan* Skim Perumahan Sewa dan Beli.
8. Jualan Rumah Kos Rendah ditetapkan pada kadar harga *RM40,000.00 seunit* dan Rumah Kos Sederhana Rendah ditetapkan pada kadar harga *RM80,000.00 - RM 120,000.00* termasuk satu tempat letak kereta percuma.
9. Status tanah pertanian akan *dibekalkan*.
10. *Melaksanakan* Pelan Penyuraian Kesesakan Lalulintas.
11. *Membangunkan* tempat letak kereta bertingkat di kawasan yang kritikal.
12. Pekerja-pekerja kontrak MPSP dan MBPP akan *diserapkan sebagai pekerja tetap* dibawah satu perbadanan yang akan diwujudkan.
13. Sewa tapak penjaja pasar, gerai dan tapak penjaja sementara *diturunkan* pada kadar RM10 sebulan.
14. *Menghapuskan* Caj Pos dan Caj lain yang dikenakan untuk pembayaran bil.
15. Pemberian *Air Percuma* kepada Miskin Tegar.
16. *Tiada kenaikan* tariff air kediaman selama 5 tahun.
17. Cukai pintu dan cukai tanah untuk kos rendah, sederhana rendah dan rumah kampung *dikecuali*
18. Caj parking di bawak seliaan MPSP dan MBPP *dikecualikan*
19. *Geran Tahunan* kepada PIBG dan Persatuan Bekas Pelajar seluruh sekolah di Pulau Pinang.
20. Pemberian *subsidi tambang bas sekolah* kepada isi rumah yang layak.
21. Peruntukan *RM15 juta setahun* untuk Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Persendirian Cina.
22. Mewujudkan semula *Fiesta Muzik Dunia* untuk menarik pelancong.
23. *Bangunan Warisan* tidak akan dan tidak boleh dijual kepada warga asing.
Undilah *Barisan Nasional*!!
kerana 51 Janji DAP Gagal dilaksanakan.

Sumber asal: BATALKAN PROJEK TEROWONG , BINA RUMAH MAMPU MILIK ANTARA MANIFESTO BN PULAU PINANG

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment