Bangsa Johor bersama Tunku Mahkota Johor

Posted by Kerah Lekung on Friday 13 April 2018

Bangsa Johor bersama Tunku Mahkota Johor.
Ramai yang mempertikaikan pandangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tentang situasi politik di Johor. Padahal orang-orang yang menolak dan mempertikaikan pandangan TMJ merupakan orang luar yang sentiasa cemburu dengan kepimpinan TMJ.

Sedangkan pada hakikatnya, bangsa Johor sendiri dapat memahami dan menerima pandangan dari TMJ mengenai dunia politik di Johor. Malah pandangan yang cuba disampaikan oleh TMJ adalah sesuatu yang wajar diterima oleh semua pihak.

Dan jika diteliti dengan baik, sebenarnya pandangan yang diutarakan oleh TMJ hanyalah semata-mata mahukan bangsa Johor berfikir dengan matang dan semasak-masaknya mengenai hala tuju negeri Johor.

Lagipun, saya juga menyokong nasihat TMJ kepada bangsa Johor supaya “rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular”.

Benar kata TMJ, perkara ini yang sebenarnya akan menjadi musuh utama negeri Johor.

Kenapa bangsa Johor perlu sia-siakan usaha Kerajaan Negeri selama ini hanya kerana hasutan dari orang luar yang tidak tahu apa-apa?

Logiknya, negeri Johor ini telah diurus tadbir dengan baik oleh Kerajaan Negeri Johor yang sedia ada. Malah negeri Johor ini juga sudah menyediakan landasan terbaik kepada bangsa Johor untuk terus maju ke hadapan.

Tidak ketinggalan juga, usaha TMJ dalam menyatupadukan bangsa Johor melalui sukan juga suatu perkara yang mengagumkan bagi saya. Bukannya seperti Dr Mahathir Mohamad yang hanya pandai mengkritik segala usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan TMJ.

Dalam pada itu, sekiranya Mahathir benar-benar merasakan pandangan peribadi TMJ tersebut ditujukan kepadanya, Mahathir seharusnya dapat menerima teguran ini dengan hati yang terbuka.

Bukannya, mengeruhkan lagi keadaan dengan menghasut rakyat untuk menghina dan terus membenci TMJ.

Ketahuilah bahawa bangsa Johor akan sentiasa ada bersama Sultan Johor, TMJ dan istana Johor dalam apa jua keadaan sekalipun. Malah akan terus mempertahankan Sultan Johor, TMJ dan istana Johor walaupun dihina dan dibenci oleh sesetengah individu.

Seterusnya, saya juga ingin melahirkan rasa kebimbangan jika urusan negeri Johor ini mendapat campur tangan dari orang luar kelak. Sudah tentu, ia boleh mengundang bibit-bibit pepecahan bangsa Johor.

Kesimpulannya, bangsa Johor perlu berganding bahu mempertahankan negeri Johor dari jatuh ke tangan orang yang salah.
Sumber asal: Bangsa Johor bersama Tunku Mahkota Johor

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment