TANAH MERAH, 5 April – Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz menyeru rakyat Kelantan agar memberikan peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk mengambil alih pentadbiran negeri dalam usaha untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri yang lebih baik dari sudut ekonomi dan sosial berbanding apa yang ada pada hari ini.
Jelas beliau, pengundi di Kelantan mestilah memikirkan masa depan diri, keluarga, anak pinak dan saudara mara dalam membuat keputusan untuk memilih kerajaan pada PRU ke 14 ini, bukan hanya apabila membuat keputusan untuk memilih kerajaan pada PRU ke 14 kali ini.
“Kita tahu, ramai di antara rakyat Kelantan yang terpaksa mencari makan di luar negeri ini. Ini kerana Kelantan tidak mampu untuk menyediakan pekerjaan yang cukup kepada anak-anak Kelantan. Kita kalau boleh, mahukan anak-anak kita dan saudara mara kita berada bersama-sama kita di sini, tetapi kita tidak ada pilihan dan terpaksa berhijrah untuk mencari makan di luar Kelantan.
“Justeru,saya menyeru seluruh rakyat Kelantan agar memberikan peluang kepada UMNO dan BN untuk mentadbir negeri Kelantan. Dan sekiranya kita sudah memberikan peluang dan ia tidak berlaku seperti yang kita hajati, rakyat boleh menukar semula kerajaan pada PRU yang akan datang.
“Saya yakin dan percaya, sekiranya rakyat Kelantan memberikan peluang kepada UMNO dan BN pada PRU ke 14 ini, rakyat Kelantan akan menyaksikan satu perubahan drastik yang lebih mensejahterakan rakyat. Rakyat Kelantan tidak akan rugi apa-apa sekiranya mereka memberikan peluang kepada BN untuk mentadbir semula Kelantan pada PRU akan datang ini.
“Dan sekiranya kelak pentadbiran kerajaan BN dilihat tidak berjaya atau tidak menepati aspirasi dan hasrat rakyat di negeri ini, maka pengundi boleh menukar dan memberikan kuasa pentadbiran kepada mana-mana parti yang mereka rasakan mampu untuk mentadbir neger ini,”ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Ahli Parlimen Tanah Merah itu seterusnya melontarkan keyakinan bahawa telah bertiup angin perubahan di Kelantan di mana ada tanda-tanda bahawa rakyat di negeri ini sudah sedar bahawa selama 28 tahun, kerajaan negeri yang sedia ada hari ini gagal membangunkan Kelantan menjadi sebuah negara yang maju dan berdaya saing, setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.
“Setelah 28 tahun, tidak ada apa perubahan dari sudut pembangunan sosial dan ekonomi yang dapat diperlihatkan oleh kerajaan negeri yang memerintah Kelantan hari ini. Jadi, saya rasa dalam sudah ada tanda-tanda yang jelas bahawa akan berlakunya perubahan di peringkat negeri pada PRU ke 14 nanti.
“Seperti mana di Tanah Merah pula, setiap kali UMNO mengadakan program, ribuan rakyat akan hadir dan ini memperlihatkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN di Tanah Merah dan juga BN pusat secara tidak langsung ini.
“Apatah lagi dalam keadaan senario politik Pas yang kini sedang bertelagah dengan parti serpihannya sendiri, ia secara tidak langsung memberikan UMNO dan BN peluang yang lebih cerah untuk menang di negeri ini,” jelasnya.
Beliau juga melontarkan keyakinan, bahawa pengumuman pucuk pimpinan yang berhasrat mahu mengangkat Datuk Seri Mustapha Mohamad sebagai Menteri Besar Kelantan merupakan salah satu faktor yang mampu mempengaruhi pengundi Kelantan untuk berubah arah.
“Rakyat di Kelantan semua tau bahawa Datuk Seri Mustapha Mohamad seorang pemimpin anak Kelantan yang rajin dan sentiasa bekerja kuat, mempunyai pengalaman yang luas dan pernah berkhidmat di pelbagai kementerian.
“Saya yakin, rakyat Kelantan akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Mustapha Mohammad atau lebih dikenali dengan Tok Pa, memandangkan personalitinya, kebijaksanaannya, serta kemampuannya dan pengalamannya untuk mempertingkatkan ekonomi dan kehidupan sosial rakyat di negeri ini sekiranya BN kembali menerajui Kelantan.
“Bayangkan dengan pengalaman beliau menjadi menteri dipelbagai kementerian itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk membangunkan negeri ini,saya yakin, rakyat akan lihat perubahan yang pantas di Kelantan untuk menjadi sebuah negeri yang membangun setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.
“Saya yakin dan percaya, sekiranya rakyat Kelantan memberikan peluang kepada UMNO dan BN pada PRU ke 14 ini, rakyat Kelantan akan menyaksikan satu perubahan drastik yang lebih mensejahterakan rakyat di bawah kepimpinan Datuk Seri Mustapha Mohamad nanti, InsyaAllah,”akhirinya.
-MediaUMNO

Sumber asal: ANGIN PERUBAHAN DI KELANTAN MULAI BERTIUP
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment