Amboiiii....Madey dan Mat Sabu Begitu rapat Sekarang ni...Janji Menipu Kuat

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 5 April 2018

Amboiiii....Madey dan Mat Sabu Begitu rapat Sekarang ni...Janji Menipu Kuat.
KUALA LUMPUR – “Masa tu tidak salah guna undang-undang. Sekarang ini lapor kesalahan kena tangkap. Zaman saya, saya ada tangkap siapa?”
Itu jawapan mengelirukan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila ditanya pemberita mengapa beliau tidak memansuhkan akta yang beliau dakwa sebagai zalim semasa menjadi Perdana Menteri.

Jawapan Mahathir itu bagaimanapun mendapat reaksi Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu yang menunding jari kepada dirinya sebagai pemimpin pembangkang yang pernah ditangkap oleh Mahathir.

“Dia ni (Mat Sabu)…. yang ini memang kena tangkap selalu,” kata Mahathir kepada Mohamad yang duduk disebelahnya.

Terdahulu, Mahathir dalam sidang akhbar Pakatan Harapan mendakwa pembangkang akan membatalkan beberapa akta yang didakwa zalim dan menekan rakyat jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Akta terbabit adalah Akta antiBerita Tidak Benar, Akta Hasutan, Akta Pencegahan Jenayah, Akta Cetak dan Penerbitan dan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Beliau turut mengumumkan akan memansuhkan peruntukan yang zalim dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhiimpunan Aman dan Akta Pencegahan Jenayah seperti hukuman gantung dan lain-lain.

Mahathir seterusnya mendakwa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih baik berbanding Akta antiBerita Tidak Benar apabila pemberita membandingkan Akta antiBerita Tidak Benar memberi kuasa kepada mahkamah, sedangkan Akta ISA memberi kuasa kepada menteri.

“Saya cadang baca apa Akta ISA punya kuasa. Akta ISA bila ada deklarasi darurat daripada agong (Yang diPertuan Agong). Masa itu baru kita gunakan Akta ISA. Kita boleh tahan tanpa bicara selama dua tahun, tetapi setiap enam bulan kena `review’,” dakwa Mahathir. 

Sumber asal: Amboiiii....Madey dan Mat Sabu Begitu rapat Sekarang ni...Janji Menipu Kuat

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment